Oct 5, 2010

tempoh berpantang

.
.
.
Jangan ingat ibu bersalin ja ada pantangnya.

.

Aku yg manusia biasa ni pon ada pantangnya jugak.
Tapi takda lah smpai pantang nenek moyang haku la bagai, ko kenal sgt ke dgn moyang kerabat kau segala, tau pulak dgn pantang dia. Cukup lah takat aku ja yg pantangnya.
.
.

Nama aku Madihah bermaksud Yang Terpuji mengikut nama Islam.
Yang kenal aku, tau laa nama penuh aku.
.

Nama aku mmg lah tak lah seindah nama moden sekarang, tp aku sgt menghargai nama aku.
Sebab waktu zaman sekolah, smpai masuk Universiti (wahh eja penuh) cikgu selalu panggil-panggil nama aku, yang ada betulnya membawa maksud nama itu sendiri.

Dan dalam hidup ini, aku agak berpantang orang panggei aku 'OI'
Contoh ayat :

1. 'Oi, dah reti jawab call aku?'
2. 'Oi, sudah-sudah lah tido tu, dh tengahari'
3. 'Oi, ko apehal dah maken gumuk?'
.
.
.

Sudahlah dikatanya aku gemuk, panggei aku oi pulak mmg mencabar kewibawaan aku.
Dah la aku mmg kuat tido, mmg beremosi laa sgt klu tido aku terganggu.
.
.

Dan sepanjang usia aku menjangkau 26 tahun ni, hanya ada 3org yg penah bikin aku panas gila dengan panggilan oi ni. Seperti berikut :

1. Bibik mak aku yg ke-3, nama komersial aminah. Slamber dia kejut aku bgn tido panggei aku oi oi, bgn tdo. Aku rs nk bgn bagi penyepak ja. Tp memandangkn dia tua, aku hormat dia, aku cakap 'kau aminah, pegi smbung keja kau, aku nk smbung tido'
2. Rumet aku, zaman bila tu tak perlu la aku nk nyatakan. Kes yg sama, kejut aku bgn tido panggei oi oi.
3. Dia ni dh lama panggei aku oi, tp aku ignore kan ja, tp lately ni maken menjadi panggei aku oi oi seperti irama lagu SM Salim pon iya jugak.

.
.

Mcm nk dijadikan konklusi (wahh tak bleh blahh), aku rs, cuma tido aku ja kot jgn diganggu dgn panggilan oi, mmg bgn rs nk penyepak. Bknnya aku mntak kau kejut aku bgn tido pon, yg kau sibuk sgt bermurah hati kejut aku apehal. Lain la klu nk emo kejut aku bangun sahur ke, yg mmg aku mntak tlg kejutkn.


Mak ayah aku sedap bagi nama aku, ape ko igt nama aku ni Oii Lee Cheng (junior yg aku slalu marah sbb tak iron bju skolah).

.
.
.

Tapi ada beberapa laa kes terkecuali seperti:

1. 'Ishhh ko nieh, ke situ laa pulak makcik oi'
2. 'Oi, tak kuase aku nk melayan dia tuuu'
.
.


Yang tak spesipik sgt ditujukan utk aku.
Nampak tak lain lengguk ayat dan bahasa tu? Kahkahkahkahkah.
Lain negeri lain cara melawak kot.
Sudah lah madi oi !!
.
.
.


Ok sekian pantang makcik.
Apa pantang korang pulak?
.
.
.
.

4 comments:

Anonymous said...

babe kalu, ok ke?

ReD MaryJane said...

oh marah aku ke panggil oioi..patoot sepi xreply msg aku..huuu..mane nak tau jmpe elok jek tgk mlm kuar status stop bitching so called closed friend..maap ka patik yang hina ini tuan puteri.

Anonymous said...

biasanya org2 yg mcm tu berada dlm kategori :

1)mmg keturunan rude
2)xde adik beradik,so dia xreti nk berbahasa
3)perasan bagus

suruh dia lebih belajar menghormati org, x pun bg jew penyepak hang tu..hehehe

kakakokie

Imaan09 said...

ooi Lee cheng..haku ingaaaaat!!