Tuesday, April 24, 2012

Tumpang gembira

Mmg dasar menempek je, tak boleh tgk orang lain gembira eh.
Ada je nk menumpang. Tak cukup dgn kegumbiraan dan kebahagiaan diri sniri.
Kahhkahkahkahhhh!!
Gasak lahhh madi.

Yerp, aku tumpang gembira, tumpang bahagia dgn berita baik dari kawan kawan baik.


Yang single, getting to knw each other better for next step.
Yang engaged, getting married.
Yang married, wowww getting pregnant.
Opkos yg dh buyung, woohoooo babies to come!
Tak kurang hebatnya yg dh tambah, still loading and in the making process, heeeeeee.
So this year gonna be more babies to come, comel tauuu!

Bestnyaaaa.
I enjoy to be part of them sharing the good news, tips & tricks, dos & donts.
Kan dh kata, march is always full of loves!

Tp ini paling love love love xoxoxoxo!


4months+
Im entering 5months this week!





Wednesday, April 18, 2012

Pergi Berperang


.
Rakyat mesia maken kaya. Masing-masing pakai keta sendiri.
Pergi keja zaman sekarang dh tak aman mcm dulu.

Klu dulu (setahun dua yg lepas), pergi keja sempat makan roti gardenia bersulam air milo panas.
Klu dulu, kuar pukul6.40pg (utk kawasan aku laaa) keadaan masih terkawal & boleh diterima akal.

Tapi sekarang, kuar kol 6.25pg pon, kebanyakan pemandu dh tak bersandar kt seat, semua pegang stereng kemas, dada ala rapat ke stereng, dengan mata bulat fokus ke depan.
Jangankan nk kunyah roti, nk teguk air kotak pon rs tak sempat.
Semua berpusu pusu nk masuk kl.

Ni lah nasib makcik gomen mcm aku, masuk kerja ikut waktu. Tp proses membuat kerja .. Wallahualam.
Masa awal aku masuk gomen, niat & tekad aku bulat, membina kerjaya demi agama bangsa dan negara.
Serious tak tipu, sbb aku mmg seorang yang berkobar-kobar.
Maken lama maken pudar. Bila tersadar, yang pudar tu, aku make up balik.

Berbeza dgn kamy. Masa kejanya suka hati. Bila kerjanya pon suka hati.
Itu satu kelebihan utk kami, yang masih dlm proses adopt & adapt dalam membina sebuah keluarga yg harmoni.

Sekurang- kurangnya, pintu rezeki kan lebih terbuka luas sbb kita semua dh bangun seawal pagi memulakan rutin.
Sekurang-kurangnya, hanya aku sorg saja yang kuar gelap gelap pagi dgn kamy mengiring pergi seiring dgn kucupan panas, ecehhhh.
Sekurang-kurangnya ddy hantar Imran dh cerah, dan mmy amek balik Imran pon masih cerah di luar sana.
Sekurang-kurangnya Imran masih dpt menikmati keindahan pokok pokok tepi jalan dgn mata bulatnya dan mulut kecil mengomel tentang pokok bergoyang ditiup angin.

Alhamdulillah.

Kadang-kadang aku rasa rindu nk keja di kampeni lama dlu di Penang. Tp kampeni ntah kenangkan aku atau tidak, kuhkuhkuhkuhhh.
Masuk keja suka hati buat keja suka hati luahkan idea suka hati hentam balik boss suka hati balik keja suka hati mmg hati aku sgt suka pada kampeni lama.
Kerja kamy sekarang btul btul buat aku rindu pada kampeni lama.
Sapa tak suka keja dekat dgn kmpung halaman kan.
Melainkan kau mmg jenis jauh dgn fmily sniri mmg terkecuali dgn rasa suka ini.

Tp aku tau ada hikmah, hikmah yg jauh lebih hebat dgn apa yg aku miliki sekarang berbanding dlu.

Alhamdulillah.

Mana kisah pergi berperangnya?
Pergi keja masuk kawasan KL like seriously mcm nk pergi berperang!
Aku akan elakkan diri ni terjebak di medan perang, so keluarlah awal.

Kalau dpt kuar kol 6.25pagi, dgn si anak dan ddy dh siap bfast.
Jangan tanya bangun pukul berapa! Hehehehee.
Kerana hikmah yang dirasai, mmg membuat naluri dan diri ini sentiasa tersenyum.

Have a good day ahead sayang!

.







Thursday, March 22, 2012

Bravo Ayah!

.
Semlm ke KLIA hantar maktok and wan, terbang ke tanah suci utk mengerjakan umrah.
Kalau ikutkan perkiraan, dh smpai kot lewat mlm td waktu mesia.

Masa hantar, terpikir igt nk drop and tgu smpai check in saja.
Tp bila tgk orang, maaak aihhhh mmg kena tgu smpai boarding laaaa gaya nehh.
Sorg dua pegi, yg mengantor mmg tak cukup 5-6keta. Ambil berkat, mungkin?
Ambil kira ikhtibar pengalaman Ibu Imaan and Nouri, dlm kesah makcik pakciknya nk balik ke Sabah klu tak silap.

Ayah mcm kalut-kalut sket, mgkn sbb rmai org.
Mak pulak ala ala rilex, dh biasa katanya.

Agent mmg besepah masa tuu, mana nk cari agent mak ayah?
Ayah harus dipuji, yaaaa sbb biasa sama kot, hehehehe. Ayah tinjau sana sini kt kaunter K tu, dgn hset di tangan, kontek agent tu mungkin. Bedesup ayah muncul balik, ajak mak ke kaunter K9 terus ke depan.
Aku tehegeh-hegeh heret bag utk check in.

Setel check in, dlm ribuan jemaah .. Ayah ngan mak FIRST checked in!
BRAVO AYAH! Hahahahahahahhaa!
Credit jugak utk agent tu .. Cpt uruskan klu compare dgn agent lain, mcm kesian makcik pakcik tua tercari cari arah nk tuju.

Ingat nk balik ke opis .. TAPI pasport ngan tiket blum dpt, baggage jaa yg bru masuk lalu treadmill, huuuuu.
Hmmm .. tgu lah smpai habes briefing. Antara kump pertama jugak yg setel brief, dpt pasport and boarding pass.
Aku tumpang lega.
Dan aku tau, mak dan ayah jauh lebih lega, heeeeeee.

Duduk minum kejap (ayah belanja) jadi kena minum coffee paling sedap (read: mahal kot) dlm KLIA. As they claimed!

Zohor blum masuk, klu tgu masuk waktu mst sesak kt surau pastu mst semua serbu nk boarding kot.
So ayah nk masuk boarding sesiap, sbb facilites termasuk surau dlm tu jauhhhhh lebih selesa if compared to kwsn public KLIA neh.

Selesai salam, ekor mata aku saja mengantar mak dan ayah.
Smpai ilang kelibat mak ayah setel lalu mesin check passport tu.
Setia seorg anak, heheheheehe.
Semoga urusan mak dan ayah dipermudah.

Tengah bejalan ke tmpat park keta, smbil memikirkan habuan berapa henget laa haku kena nnt aku perasan, masih rmai makcik dan pakcik tua baya mak ayah dan jauh lebih tua pon ada, masih tercari cari hala tuju.
Kalau terjadi mcm ni pada mak ayah kita, apa kita rasa?

Mana yg seperti tertanya-tanya, aku bantu guide mana yg mampu.
Mana yg dengar kata, mana yg tegar, mana yg ishh sapa bdk tunjuk pndai ni. Heeeeeeeeee.

Semoga selamat lah semua!

Habuan parking tghari tu .. RM13++
Dan mlm td, lil K mcm rindukan maktok, sbb dh beberapa malam maktok dudu kan tdonya.
Dan aku dengan episod tak cukup tenaga aku, kihkihkihkihh .. Hmmm gaya mcm nk period.

Aku merepek.
Tp tetap BRAVO AYAH!
Waaahahahahaha!~

.

Tuesday, March 20, 2012

Si teruna *hensem* saya

.
Mgu ni si teruna *hensem* saya dh nak masuk 4 bulan.

Gila sat ja rasa masa ni berlalu. Sakit bersalin masih terasa, gila metafora kau!
Gila ober kan aku, pny la nk menunjukkan masa cpt berlalu.

Aku pon teringin nk menulis, exp pregnnt, besalin, bepantang, breastfeed.
Tp kuasa kuda aku tak mencapai tahap mampu nk taip semua tu, heeeeee alasan sgt kau!

Pengalaman mengandung aku rs takda la extreme sgt. Tiada morning sickness, tp ada megrib sickness.
Tatau apa pesyen, bila ptg ja, angin satu badan mula dtg menyucuk nyucuk - mcm klu kt hiway nk balik kedah tu, ada satu myvi dtg dari belakang menyucuk nyucuk nk sgt overtake kau. Tak cukup dgn signal, hi beam semua nk bagi. Dan kenapa aku specifically mention myvi? Mungkin sbb myvi takda vtec, kihkihkihkihhhh.

12wks+ pregnnt and i was admitted due to asthma attack. And i myself blamed the aircond yg kamy beli utk sejutkan isteri dia. Waahahahahaha kesian kamy but i mushhh mushhh u!

Pengalaman bersalin yg aku rasa indah. Meluat dak kalau semua nk bajet indah?
Waaahahahahhaa!
One fine day which i dont knw when, aku mcm nk taip pengalaman bersalin aku.
Untuk perkongsian bersama kot, heeeeee.

Ok aku dh lari dari tajuk asal - Si Teruna *hensem* Saya


*Ok insert feeling mode sket.
Sumpah aku rs mixed feelings siot bila dh jadi MAK.
Aku rs indah.
Boleh dak kalau aku nk rs indah jugak? Baaaaahahahahaha.


Bunyi mcm cliche kan, klu aku kata penat keja, blk umh tgk muka anak, rs hilang semua tu.
Dlu aku mcm rs statement ni agak tak munasabah.
Tp rupanya, hakikatnya YA!
Hebat kan?! Indah kann?! Heeeeeee.

Khayr Imran menages sekali saja (so far) masa mandi which was on his 1st bath! Lepas tuuu diam dan mengekek suka swim swim eh dlm bathtub.
Dh boleh meniarap dgn bontot tertonggek tonggek.
Mata booolat dengan dada terangkat kalau terlalu teruja dgn hanging rattles mahupon bbytv channel.
Always demand his ddy for a mild massage! Mungkin sbb lenguh kot asek telentang.
Khayr Imran dh naik Malacca River Cruise on his mama birthday!



Khayr Imran sgt pemurah dengan senyumannn!
Hidup ni sgt indah!!

.