Dec 30, 2010

7yrs and 7months

.
.
We have been together through ups and downs, for 7yrs and 7months.
And we'r now have another 1 month and 5 days to go for the bigday, InsyaAllah.

.
Aku harap cinta kami berkekalan sehingga akhir hayat ni, baru lah namanya sehidup semati kau!
Aku mendoakan jauh di sudut hati ini, tak kedengaran dek halwa telinga.

.
Agar kami sentiasa menjadi yang soleh dan solehah, serta saling membimbing, sbb hidup ini taklah sesempurna mana.
Agar hubungan ini terus mendapat keredhaan Yang Maha Esa, mohon sentiasa dilindungi dari sebarang yang tidak baik, kerna yang baik itu hanya dari-Nya.
Agar kami sentiasa direstui oleh ibu bapa dan saudara mara, semoga sentiasa ada keberkatan selama hidup di dunia ini.
.
.
.
.
Terima kasih semua, untuk cinta ini.
Its not the matter of time, ini soal hati.
Pada malam Jumaat yang mulia dan serba indah ini, aku tunduk pada kebesaran Allah SWT.
.
.
.
.
.

p/s : Pegi luar tgk bulan malam ni sgt indah!

.
.

Foto By Razali : Wedding Photography Giveaway contest

.
.
Entry ini mmg dibawa khas dari mata turun ke hati aku.
Jadi tataplah ia ... bacalah ia dari mata.
Dan andai ada tempat di hati ini, bawalah bersama! (Perrggghhh!!)
.
.



Harap aku sempat la, huuuuu!
Nahhh amek. Sapa tak suka benda pree buleh p main jauh² 
.



.
Hesh marketing teruk sungguh aku. Ok semua, cepat pegi 'like' kt facebook INI !

.
Get to 'virtually' knw this dude Razali since Jan 2009 when my better half getting started with his new toys. Then first time meet up secara separa live?? Was on Jan 2010. 
Ya Razali aku mmg stok stalker tgk ko dikejauhannn, kohkohkohkohhh.
Hahahahah waktu tu better half joined ShazliShots editing perchek class organized by Razali somewhere in BP.
Time tu aku sempat tgk dari jauh ja, sbb aku lepak dgn kengkwan yg lain.

.
Mungkin dia masa tu bukan lah satu nama yg gah di Malaysia - Singapura - Brunei, TP klu di Johor dah cukup gah aku rasa, AirHitam - Batu Pahat - Kluang specifically.
Tapi aku dr dulu suka tgk wedding blog dia, memasang impian andai aku buleh heret dia from Johor to Kedah for my bigday kannnnnnnnnnnnn. 
Impian kau Madi mmg tak kalah heh!

.
.


.
Nah tengok ni. Sapa tak bekenan buleh angkat tangan.




.
Yes, mmg nampak cliche saja dengan upacara membatalkan air semayang, and the groom may kiss the bride.
Tapi, Spot at everyone around yg smiling itu sgt happy.. moment yang tak dpt dijual beli melainkan ko hire dia, kahkahkahkahh. 
.
Cause marriage its not about just two of you .. it bond the whole family. 

He got this sense and sgt alert! Aku rs benda ni gifted kot, mata yg se-wide and se-macro lenses dia mungkin, idea thinking selaju shutter speed yg dia set. Apa sajalah kau Cik Madi.


.
.
Lagik aku suka ini. Kalau kau tak suka, tu kau punya hal lah.


source : Foto By Razali - http://blog.mohdrazali.com/


Tone kaler yang menenangkan jiwa sungguh aku rasa. Aku tak pasti tone kaler mcm ni, yg aku pasti aku suka .. tenang, neutral .. ala ala faded menusuk kalbu hokeh! Mmg tak dapat setakat guna lightroom kau saja kot. 
Aku suka tone tenang mcm ni, tidak seterang boleh sesetengah tu.
Saat aku paste pics nieh, baru aku pasan yg dedua pics beunsurkan groom kiss dahi bride. Nampak sgt kau dh gatal eh Madi, gasak.

.
.
.
Dek kerana jodoh pertemuan, rezeki, ajal maut itu semuanya di tangan Tuhan.
.
Maka satu petang, ala nk ke Megrib time tu, sedang asek bermain fb lepas tgk cita slot akasia Epilog Syurga Cinta kot .. 
Aku mcm diberi satu kekuatan (eceeh) dan kegatalan tangan utk klik fb chat dengan Razali.

.
Dek kerana satu klik itu lah juga, membawa Razali jadik official photog aku nanti!
Weeeeeaaaahuuuu! meruntun jiwa wooooo.
Sapa nk sangka kalau ada rezki dan jodoh pnjang, all the from Johor to Kedah yaaaaawwww!!
InsyaAllah.

.
.
.
Moral : Agaknya klu aku tak bertanya aritu, siapa nk sangka nk jadi rezeki kannn.
So for more infos, cepat pegi tanya!


Facebook : Mohd Razali & Foto By Razali
Twitter : @razali
Blog : http://blog.mohdrazali.com/

.
.
.
.
.

p/s : Razali, adakah aku entitle utk dapat 10% off  *peliss



Dec 28, 2010

yesterday

.
.
One fine off-day, I just realized on something.
Which tickle me, ait! Hehe

Semlm mc disebabkan fening kepala, angin dalam badan.
Doc kata, tak perlu lah kau berdiet sgt.
Dh badan ni mmg jenih kuat makan, tak boleh biar perut kosong (-_-")

.
Wht a coincidence, better half is on nite shift this week.
Maka terjah lah Habib amek my ring yg dh siap *woot woot!
Dan terus membawa diri utk membeli ring jugak utk incik kumbang pengarang jantung saya.

.
Waktu beli saya mcm perasaan Ya Allah ini mmg jari cap ibu jari sumanya.
Tp tadek la menggelikan hati sgt.


Tapi sebelum tido, saya membelek semula better half's ring.
Masih longgar walopon saya muatkan ke ibu jari saya!

.
.
Saya ketawa kecil ala ala bajet kiut.
Serius rs nk tegelak tau.
.
.
.
Nehhhh i just love u bebeh, coz size doesnt matter kannnnnnn.
Ok bersihkan minda anda, Im talking about ring!
.

.
.
p/s : 1 month 1 week to go! And I am like weeeeeeeeeeeeeeahu!
.

Dec 21, 2010

kisah rindu aku ..

.
.
Ini kisah rindu aku..peduli lah aku nk rindu sapa-sapa.
Hehehehe.

.
Tp bgn pagi ni, aku rs rendu sgt kat ayah.
Rsnya baru 2 mgu lepas saja jumpa dengan ayah.

.
.
Dlu waktu kecik, kami adek beradek tak close sgt dgn ayah.
Ayah dulu-dulu kan mesti garang.
Dan kebanyakan hal, mak yg lagi byk uruskan.
Kalau telefon rumah dari hostel, walopon ayah yg angkat phone, smpai hati pulak aku ni, trus nk ckp dgn mak. Apa perasaan ayah agaknya masa tu kannn?
.
.

Walopon kadang-kadang ayah jarang nk tunjukkan rs kasih dan sayang dia pada anak-anak,
Tapi hati ayah lembut, sgt lembut mungkin.
Ayah klu nk smpaikan apa-apa msg pada anak-anak, ayah akan gunakan mak sbgai perantara.

.
Kadang kita rs tak nmpk kasih sayang ayah tu.
Yang nmpak, ayah sayangkan mak.
Slalu ada surprise utk mak, hahahaha.
Mcmana aku tau? Hahahahahah zaman dulu, mak ayah ada henset, tp anak anak yg lagik cekap guna.
Jadi terlepas pandang lah beberapa msg yg sgt sweet.
The most important thing a father can do for his children is to love their mother - FB KakLong, 2010

.
.
Tapi sejak dh besar panjang, dah nk kawen pon anak dara ayah ni, rs close sgt dgn ayah.
Ayah pon maken sentimental saja kannn.
Ayah dh pndai meyampaikan kasih sayang itu perlahan-lahan secara direct.
Dah banyak cerita boleh dikongsi dgn ayah.
Tp ayah masih tetap strict macam dulu, takot lahhhh.
Tak berani nk request lebih-lebih yang bukan-bukan dengan ayah.


.

.
.
Hargailah kedua orang tua kamu selagi mereka masih ada.
Semoga mak dan ayah sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan yang baik.
.
.
Harap ayah jadi datang mlm ni atau esok pagi.
And ayah hve to rush bck to Kedah esok juga, maybe.

.




Dec 16, 2010

eh!

.
.
.
Eh, takda sapa perasan ka kawan kawan?
3.1 gone, another 6.9 to go.

.
.

kehkehkehkehkehkehh.
Berbengkel di PD, agak agak mampu tak?

.
.
.
.
Mampukah aku?
Tepuk dada, tanyalah dada. Kenapa perlu tanya selera pulak?

.
.

Dec 15, 2010

after 2yrs

.
.
On this coming January 2011, its my 2nd suffering year working at my current workplace *ok aku tak mention

.
Dan pada saat aku menaip ini, dengan bertemankan bulan yang tak berapa nk penuh, sayup deruman ombak laut memukul pantai, angin yang sejuk bertiup.
Seriously aku menaip sedaya mampu melakarkan apa yang aku rasa di sini tepi pantai.
Sbb aku sedang melalui kerja aku yang bakalan menyambut Tahun ke-2.
Apa kau rasa gah sangat kah dapat buat kerja di apartment separa mewah di tepi pantai mcm ni?
Pegi mampos!

.
.
.
What had I gain for myself in this 2yrs time?
Fcking NO!
After 2yrs .. and tonite, bersaksi kan alam Allah yang terbentang luas ini, I almost drop my tears.
Kerana ini bukan yang aku mahu ..

.
.
This is really fcking not what I want in my career.
Mesti orang kata, apalah yang nk dicapai sgt dh kalau bekerja di tmpt mcm aku kerja sekarang?
Bukan kah keja aku tu makan gaji saja.
Kenapa perlu rasa serius gila, mcm kau lah penggerak kemajuan tempat keja kau?

.
.
For myself, its self satisfaction.
Kepuasan utk diri sendiri tu takda.
Sebab kepuasan tu tidaklah berlandaskan seks semata.

.
.
Aku tak puas tau kerja macam ni.
Aku tak happy tau kerja macam ni.
Aku tak tentu hala tau keja macam ni.
Aku rasa ala ala bodoh lah keja macam ni.

.
.
Aku tak pasti mana silap aku, mana silap tempat keja aku, mana silap orang disekeliling yang berkerja dengan aku, aku tak pasti. Mungkin Ning Baizura pastiiiiii *tarik panjang ala soprano

.
.
Tapi yang aku pasti, aku perlu set / target something untuk diri aku sendiri, bukannya untuk orang lain.
Sebelum ni, bukannya aku takda target dalam kerjaya aku.
Ada, cuma execution tu terbantut terkentut kentut dek kekurangan penerapan profesionalisme nieh *eceeh

.
Bukan tak bersyukur dengan rezeki kerjaya yang baik ni, berbanding orang lain yang lagik ramai menganggur.
Sbb ada perasaan tanggungjawab lah, aku rs aku perlu make a move.


.
.
Adakah anda turut merasa apa yang saya rasa dalam kerjaya anda?
Jika YA, anda lah yang saya cari!
Dan Jika tidak, anda pergilah buat urusan sendiri, tak perlu menyibuk di sini.

Ohhh anda, ya kamu kamu yang YA tadi, Apa langkah-langkah yang anda rasa perlu kita sama-sama ambil?
Tunggu next entry, sbb saya taip panjang nk mampos.
YES, aku dh tau apa yang aku nk buat!
Betullah klu tepi pantai ilham datang mencurah.


.
.
.
Atau aku yang terlalu marah?


.
.

Dec 13, 2010

haru biru!

.
.
.
Agaknya klu haru purple ke haru hijau, lagik haru jadiknya!

.
Mode Isnin pagi ni mmg haru biru.
After 1 week tak masuk opis, mcm ni lah gayanya.
Tp weekend aritu serius besh!

.
Esok dh nk kena ke PD, short notice gila!
Esok smpai Jumaat mmg keja gila, lama tuuuu!
Tp tgk jadual kt PD tu, mmg chill gila. Maka mode DIY and keja jarak jauh ku akan on time di PD jugak.
Banyak lagik urusan aku tak settle kt sini.
Serius rs kelibut.


.
.
.
Mana nk mula?
Ya Allah, aku mohon permudahkan lah urusan hamba Mu ini.

Dec 6, 2010

Rezeki Allah SWT

.
.
Pagi Isnin menjelang awal Tahun Hijrah ni buatkan aku sayu saja.
Tak abes-abes dgn feeling kau, nyahhhh!

Bukan sayu sebab apa.
Pagi ni aku ada short diskasion dengan asst ku.
Orangnya sgt pendiam, smpai aku rs nk luku ja kepala.
Tp dh pangkat senior la hehehe, berani kau nk luku kepala orang!

Abes diskasion, dia mintak nk balik awal, sbb ada urusan (ok patut la kau beriya datang diskusi dgn aku).
Apa jenis-jenis urusan yg stendet utk dijadikan excuses?
Anta bini p spital, ambil anak kt nursery sbb arini bini saya tak sehat, ayah mentua tak sehat, kereta saya kena serbis, nk smbut kelahiran anak kucing, kenduri anak saudara dan sebagainya.

.
.
Tapi pagi ni yg menyentapkan aku...
'Saya ada interview dgn Jabatan Kebajikan Masyarakat, untuk urusan pengambilan anak angkat'

.
.

Diam.
Serius aku lupa nk respon.

Dan mcm dalam drama TV1, dia gawang gawang tangan depan mata aku.
'Cik Madi, Cik Madi'
Ok part ni aku tipu.


.
.
Waktu tu baru aku terdetik di hati kecil (tp mgkn gemuk) ni.
Rezeki Allah SWT ni sangat LUAS.

.
.
Bila kita tadah tangan berdoa mintak pada Allah SWT.
'Ya Allah, Engkau murahkan rezeki aku'
Waktu tu di kepala aku mgkn cuma pikirkan rezki result yang baik, pekerjaan yg disenangi, pendapatan yg mencukupi, makan pakai yang cukup ...
Tak pernah pulak terlintas pasal rezeki untuk dapat anak.
Mgkn sbb aku belum kawen kan, klu dpt anak lagik jadi hal lain.


.
Patut laa bila orang baru kawen, bila orang tanya dah ada isi ke?
'Belum ada rezeki' jawapannya.


.
Agaknya nt klu aku dh kawen pon, orang akan tanya soklan mcm ni kan?
Agak agak pressure tak?

.
.
.

Alhamdulillah, dah berisi nasik goreng ayam mlm td.
Sampai bila tahan nk jawab mcm ni?

.
.

Dec 5, 2010

580pcs to go

.
.
.
Mampukah aku?
Mak dengan konfiden nya kata boleh sempat siap.
Mgkn mak lupa kot, anak mak kuat tidor, mcmana nk sempat siap.


.
.
Rs nk pengsan!
Tp masih bersemangat!


.
.

Dec 4, 2010

60 hari tunai

.
.
.
In the moment of typing this, YES I am left with another 2 exactly sweet yet horny months to go!!
Waaaalaaaaweeh, aku suka!
.



Nampak mcm aku sgt alert countdown menjelang hari kawen ku tp pada hakikatnya tidak lah sangat!
Aku hanya cuak tak bertempat meluahkan di sini without immediate action taken huh.
So many things haven't finalize *urghhh

.
Dan aku masih desperate.
Untuk.

.
.
.
.
.
KURUS.
Eh tak tak. Bukan la nk kurus, at least nk nmpak figure yg sedikit menawan on my bigday.

.
.
Aku rasa dh bertahun aku canangkan pada kawan hal aku mau slim nieh.
Tp tak juga nmpk hasil, kohkohkohkohkohhh!


.
.
.
Kenapa rs perlu sgt nk slim sgt di hari perkahwinan?
Mungkin setengah orang rs tak perlu .. Si dia terima kamu seadanya whtever!
Lantak kau la klu kau rs kau tak perlu slim utk kawen.

.
As for me, its self satisfaction!

.
.

Persoalannya, mampu kah aku sedikit slim dan muat baju kawen ku nanti?
Serious jengjengjengjeng!
Apa hgpa rasa?


.tar
Starting last month which is 3months away from my big date.
Aku berjinak dengan strict-half strict menu diet.
It manage to control my weight, at least!

.
.
Bila tinggal 2 bulan mcm ni, aku rasa sedikit terkinja kinja.
Mau lebih disiplin.

.
.
.
dinner
.
.
bfast
.
.
.
Jommmm sama sama diet!
Sapa nk follow? Ecehh, blog pon dlm 4-5org saja baca.

.
Sapa berani reward saya kalau saya berjaya? Ngeeeeee!
.
.
.

Dec 2, 2010

Irfan 2nd Bigday!

.
.
.
This is sooo bck dated entry.
So many things to do and yet so little time, nehhhh excuses.
.

Alhamdulillah, last raya haji on weekend, my big brother jst got engaged.
The event was grand i'd say (tumbang lembu sekor okehhh)...cuma PR saja mgkn bleh dibaiki (nk jugak komen).
Ngueheheheue sengal sket di situ.

.


.

Ok back to main topic, hahahah.
Its school break and happen to be my family were at my place on Irfan's Bigday!
Even this lil' dont even know his day, ahahahaha tp kaklong buat something special jugak.

.
Day before tu depa suma pakat p Zoo Negara.
On bigday for hi tea, beli satay kajang samuri - Aiman and Irfan's fav.
And birthday cupcakes from WonderMilk. Ini pulak mmg all fav, ayah pon suka.
Ada rojak and cendol jugak, wahhhh dh mcm jemput setaman padahal kami sajok.
.
.
happy birthday Irfan yg .. ampunnnn super noty!
.
.
 all time fav! WM cuppies 'ada phen kata Irfan'

.
Kids had fun dgn bday propsss.
After Maghrib, we brought the kids to iCity. Cik Ah, Ucu and pakcik pon first time smpai sini klu tak kerna dek budak budak niehhh mmg tak kose lah nk pegi.

Their Management is now charging MYR10/car for entrance/parking fee. Where got free thing nowadays?
More inside there, they are still charging to enter some hot-area with many animals replica.

kaklong and kids
.
.
.

Penat tau. Irfan excited smpai kuku berdarah *ngeri
Tgu next week pulak besday Aiman!
.
.
.

Dec 1, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

.
.
.
Rs mcm baru saja baca doa awal tahun hari tu.
Merasakan diri ni sgt kurang segalanya..
But deep inside, i hv feelings towrds..something. Biarlah rahsia, ecehh

InsyaAllah this coming monday during Maghrib, seluruh umat Islam akan melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1432. For those working on next Monday, can plan on coming back early for Asar prayer. Which i also think most of us akan cuti balik kampung since PH on Tuesday kann. Jadi dapatlah besedia utk lepas asar.
Aku bukanlah arif sgt tentang amalan, tp adalah juga utk dikongsi.



Sebagai pengakhiran tahun, semoga segala amalan diberkati dan diterima.

Doa Akhir Tahun
Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.








Dan sebagai permulaan tahun ini, semoga tahun mendatang ini kita sekeluarga, seluruh umat lebih dirahmati.

.
Doa Awal Tahun
Dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharram.

.


Ada jugak googled utk maksudnya, tp byk sgt version, tak berani nk main copy paste ja kt sini.
.
.
Semoga Tahun Baru mendatang ni lebih baik untuk diri ku, keluarga ku, bakal menjadi sebahagian dari diri ku, guru guru ku, kawan kawan ku dan semua umat Islam. Amin.
.  

Nov 30, 2010

si antibodi lemah

.
.
I'm down with bad flu and sore throat.
semlm saja telah mengayakan tokey tissue premier sbb si budak hingusan ni.

We both dapat MC sehari ja on Monday.
Definitely i put the blame on him, aku passive smoker yg tak bersalah!

.
Even on medical leave, tp after lunch around 3pm, sempat lagik terjah Habib Ampang!
Hahahahaha, sbb few weeks back ni, klu si Kumbang mcm nk mengada manja sket, aku akan demand ckp cencen blum dpt, hahahaha blackberry blum dapat.
Ohh sungguh materialistik chenta kau Cik Madi!

Untuk wedding band, dh lama aimed yg 3 ketul diamonde pelisss.
But turn out at Habib Ampang, quite limited choices with 3 batu (which within our budget, of coz laaa).

Ada yg combination of batu kecit kecit jadik 3 batu besar .. yg tak nmpk elegance sgt gituu kau demand. And the price after disct sgtlah affordable, after dicst pon dalam 1k+
Ada yg 3 batu ketul mmg besar gah di situ .. but the price even after disct pon buleh dpt seketul pelamin lengkap beserta busana heh. Ahehehehe over gila klu bab menterjemah.

.
.

.
source :  MooseOnTheLoose

.
Akhirnya yg melayakkan diri ni, dpt seketul diamonde certified pon jadik lah.
Dup dap dup dap lagik 2-3 minggu baru siap, ecehhh.
Actually mcm lebih kurang ja mcm cencen tunang kawanku.Tp time tu rs takde lah bekenan sgt kot, mgkn sbb cencen org kan.
Sekali testing di jari seniri, ohh bru nmpk sweet kehkehkehkeh perasaaan sgt.
.

Walopon time on the way balik, masih teringat di Habib Alamanda yg 3 batu after disct pon dalam 3.5k++.
Kenapa tak teringat nk ke sana dlu eh? Adeh mula la hasutan ablasa khekeeehkeh.
But still me loikey, sweet and simple.

Wedding its not only about the ring kannnn (ayat pemujuk hati).
Tp ayat my OP - the only things left after wedding are family, ring and photos!

.
.
Next week adalah episod amazing race Mr Kumbang & Cik Bunga!
Balik Kedah bersempena Awal Muharam, dgn misi visi dan azam Tahun Baru Hijrah.

.
Apa nk dibuat? Nantilah cita!

.
.
.

Nov 26, 2010

booo!

.
.
.
aku yg kuat bebai.
perlu ka aku translate maksud bebai?
org keyell kata cengeng .. org kedah kata kuat merap and teriak tu ala ala bebai la.
Errr atau perlu aku translate apa itu merap? Klu google jumpa dak?
.

after 1week++ mak ayah kaklong and kids di umah aku kt SK .. semlm suma dh balik kedah.
Pg aku nk p keja pon, dh rs sayu semcm .. bila dh balik keja ptg tu .. umh mmg sunyi sepi.
Apa lagik aku pon mmg layan feeling sensorg.
Teriak menggila sensorg.

.
.
.
.

Dekyang pulak ada asignmnt kena staybck di mmu .. maka tejelopok lah sensorg aku duk teriak.
Call mak ngadu ngadu .. mgkn sbb aku period sama.
Atau mmg aku dh kuat merap sgt orgnya!!


.
.
moga hati ni lebih terubat dgn aktiviti lunchtime nanti - Jalan Tar!

.

Nov 4, 2010

90 hari dan jengjengjeng

.
.
.
.
jengjengjengjeng
tadak benda lain klu update blog melainkn buat countdown kawen, kohkohkohkohhh.
ala ala sengal jugak aku wat countdown nieh.


aritu update  :
 3 bulan 1 minggu = (3x4)+1 = 13 minggu kaannn = (13x7) = 91 hari.

 .
adekah aku yg sengal sket kalau :
3 bulan 1 minggu = 90hari + 7 hari = 97 hari ??

.
ahehehehe kesian chegu maths aku dulu .. dan lebih kesian ayah aku yg juga chegu maths,
ini punya calculation pon fening daaaa.


.
ok arini tinggal 3 bulan to go, tayah kira minggu jadi akan sama dengan 90 HARI tunai!!
.
Yeahh, macik ada 90 hari lagik to go untuk kawen, aku rs sedikit gatal dahhh ahaaaaa.
Psl persiapan and booked suma sebelum nieh, tipu semata lah klu perlu masa yg pnjg nk prepare mcm aku, aheeeeee 2-3hari pon dh cukup utk book selagi mana kau cukup duit saja.

.
Bagi aku yg ala kadar saja sumber kewangan dan simpanan semasa, jadi aku perlukan masa lebih sket utk achieve kpi .. dpt beli kapet pon aku rs nk taip, aheeeeeee. Dpt byr deposit pon dgn kembang kempis aku idung nieh.

.
.
motif?
Have a blast wiken to all yaaaw!!

Nov 1, 2010

3 bulan 3 hari

.
.
.
sekadar menjeling


.
.
.
.

Oct 28, 2010

checklist hapdet II

.
.
.
 .
.
Entry panjang tanpa gambar penuh tulisan, huuuuu.

3 bulan 1 minggu = 13 minggu = 91 hari
*Dup dap dup dap dup dapppp


Cuak tauuuu!
Apa yg aku cuak adalah aku belum kurus!
Kurus tu mmg tak dapek la, tp I'm not even getting slimmer, cuak tauuu.
Taip ni pon jntung mcm bedegup pantas.
Adoi apa laaa yg aku debarkan sgt, heshhh.

.
.
.
Hasil balik kedah last wiken sgt memuaskan, walopon rs tak puas nk tido lama.

Compound rumah - checked!
Tidak laah aku wat garden segalanya, aheeee. Cuma tebas kawasan sket, kasi luas nk naik khemah nnt. Harap ngaam la muatan utk kawasan umh aku eh.

.
Curtain - checked!
Dah anta pegi jahit, basically buat yg stendet ja, tadek fancy apa pon. Sbb mak saya terkenal dgn simple orgnya, luv u mak!
.


Carpet - checked!
Sebabkan my pelamin will be at porch outside, jadi kena lah cari karpet yg ala kadar nk bentang situ.
Fully paid, weeee.

.
Pelamin - checked!
Mengharapkn pelamin yg sesimple mungkin..riso la kang pak andam ni kasi semak pelamin haku mmfosss lah. Tp ok lah, he's quite a good listener..dgr jugak cmna aku nak. Setengah tu nk ikut ckp dia saja. Simple pelissss...aku tanak sarat! Depo paid.
Bagosnya sbb tiny miny things are included, taklah penat sgt nk pikirkan.

.
Bilik Tido - checked!
Kisah bilik tido ni pada mulanya nk DIY saja .. bukannya nk buat apa sgt, sbb curtain bilik dh ada.
Bckdrop kt panel katil tu bleh saja nk tmbah, then taruk flowerstand, candles, done!
Tp mak ni mcm riso je aku ni tak kretip. Family aku bckground suma maths & engineering.. seni tu mmg takdo lah lnsung, segalanya tempah .. hurmm mak oh mak.
Terpaksa lah amek dgn pakej pelamin jugak .. walopon hati ni masih berat menyatakan nk deco sniri je.. sbb sgt basic, mcm deco mini dais for tunang aritu je, tambah candles ke, lantern ke sket.
*Sigh. Again i warned him, simple & suwit pelis, taknak sarat. Depo paid!

.
Baju penanten - hlfway!
Adoi ni pon konpiusss, dh ada yg bru siap, mcm bekenan.
Dia kata bleh mai Nov lagik nt ada stok baju baru lagik, tp to play safe, aku booked jugak bju tu.
Mcm biasa lah aku nieh, klu bleh suma nk sesimple mungkin, aku tanak sarat, pelis hahahahahaha.
Yg betandang punya still pending *oh makmentuatobe!

.
Catering - halfway! 
Punya lah bagos bisnes zaman sekarang ni. Mak & ayah dh buat appoimnt to meet the caterer on Sat, tp tghari cmtu, dia cancel sbb ada hal lain. Haishhh!
Then esok paginya, he send 2 rep utk datang ke umh and diskas!
Jakun pulak aku, caterer dtg umh siap diskas price, offer, menu and services.. so dh hlfway sbb dia kata too early klu nk konfem kan. Wth la kau early, its only ave or 3 months to go kot.
Takpa lah nnt dia setelkn knuri Nov, bru dia bleh konpemkn yg date Feb kami tu.
Gasak lah. Kau yg nk mai lagik kan. Ave of RM6 ja sorg .. murah kan? Tp klu 1000pax, aheeeee.

.
Baju family - on the way!
Baju ni dpt supply utk fmily terdekat ja, yg terjauh sket tu aku hny mmpu bgtau tema ja.
Serius takda bajet dh..tp klu tak sama pon takpa lah, asalkn berbaju, aheeeeeeeeee.
So decided yg baju lelaki nk beli yg ready made saja sbb perlukan dlm 4 pasang saja. Kedai tu nama ja ready made, tp bukan sebarangan tailor jugak. Cuma mak, kaklong dekyang, macik terdekat and my pengepit..nk yg itulah ini, last last blum beli. Adoi, balik mid Nov ni harap dpt setelkn!

.
Kad kawen - on the way!
Hurmmmmm.. ayah kata utk jiran sekampung nie, buat yg biasa sudahlah.
Bukan nk double stendet atau apa, klu ikut plan ayah, i can save up to RM500.
Percaya atau tak? Ok, ikut cakap ayah. Aku buleh guna RM500 tu .. hurmm .. beli brg hntaran!

.
Lagik apa?
Ohhh ayah dh booked team Marhaban.
And YES, people keep saying this is too early.
Kamonnnn laaaaa.

Mak & Ayah pon dh mula fed up tau dgn ayat ayat ini.
Aku ni bukanlah anak nan sorg ni ja nk uruskn, jadi depa takmoh lah semak kepala.
Biar book dh lepas dari sarat kt kepala.
Aku ada adek yg masih bljr yg nk kena parents aku tgk jugak.
Abang aku pon dh bechenta sakan, nk kena anta rombongan meminang wiken raya haji nnt.
Im not the only child okeh nk focus! Klu kt KL nieh, dh berbulan silap² makan tahun org dh book.

.
Favors - on the way
Dh beli, tinggal nk kena diy tagging and wrapping.
Ada yg 600 to go, ahahahahahha!!
Ada yg 100 to go..eh ka belum start yg nieh, huuuuu.
Bunga telur tu nnt .. ready made sajok!
Tinggal nk amek pahar tu dari Makcik Yah.

.
Hantaran - still hunting
Hunting mode masih ON. Way to go, aheeee.

.
Apa lagik yg major?
Bagos jugak aku taip benda ni .. trus jd reminder utk aku.
Organizer tertinggal dlm laptop, so taip nk dh mcm bercakap guna organizer dlm otak.
Tu dlu lah yg aku ingat, nk smbung keja pagi pagi nieh fresh sket dgn idea nk wat report.


.
.
.
LoveNote : 
Mak mai ptg satg! Yesss, mak mai nk jenjalan hunting apa lagik perlu. Dan mak perlu rehat badan and minda...sbb tu mak mai duk KL, aheeeeee. Sian mak eh penat dah. Mak nk jalan p umah adek-adek mak, okehhhh. Petang ni nk mkn apa eh for dinner? Weahuuuuuuuuuuuuu!

Oct 26, 2010

kisah beskut lemau

.
.
.
.
pagi ni bersiaran dari airport a.staq ... lemau duk pikirkn smpai kang trusss nk masuk opis.
Pakai bju kurung yg pakai p opissss ari jumaat aritu, kehkehkehkeh.
Rs mata memandang ja kt kain belahan aku nieh, bukannya aku sexy ka hapaaa.
Sbb flight ni mcm rmai jemaah haji, kuhkuhkuhkuhhh.
.
.


Woret, duk ada 10mins lagik mo terbang, chiowwwww.
Doakan penerbangan selamat naik dan landing.
Aminnnnnn.
.
.

Oct 24, 2010

hommie

.
.
.
Indahnya pagi tghari petang malam ku kini.
Indahnya kampung ku di Kedah.
Tambah indah dengan mak ayah & adek badek yg lain.
Walopon sedikit haru dgn Aiman & Irfan, hahahahahahaha.
.
.
.
.



*weeeeaaahuuuuuuu!

.
.
.
.

Oct 22, 2010

Did i?

.
.
Did I ever told anyone how much I love Friday?
Yeahhhh, and today is more meaningful to me, coz I'm going back hometown,Alor Staq.
*Weeeeeeeeeeeeaaaaaahuuuuuuuuuuu
Apalah yang besh sgt tu balik A.staq hang tu?

.
.
.
.
.
.
Rs banyaknya benda nk dibuat, banyak benda nk dikongsi, segalanya banyak lah balik ni.
Dari bulan lepas, lepas cuti raya, mak kata dh ada orang mai buat keja-keja baiki umah dan kawasan sket.
Walopon rumah kmpung yg tak se-gah mana lah sgt, aheeeee.
Tapi sentimental value yg tiada bandingan bila buat knuri di umah, nk tunjuk moment tu pada anak cucu nanti, di kampung tu lah aku dilahirkan. Ecehh feeling lah sangat, betullah kata ayah.

.
.
Alamak aku banyak sangat bercakap dgn org lain kt opis masa tgh taip entry ni.
Mcm dh smpai masa nk abesss kan keja sbb japg mo balik.
Balik camna? Redah je kang!

.
.
.
.
Have a blast weekends ahead yawwww!
.
.
.

Oct 21, 2010

Imaan dah Setahun Giveaway

.
.
.
.
Sapa Imaan yg tak penah aku mention pon sebelum nieh?
Gasak laaaa.
Ini Ruhil Imaan yg muchuk muchuk Cik Ah niehhh.

.
.


.
.
Zum Geburtstag viel Gluck liebe Ruhil Imaan Mohd Zarif !!

.
"Semoga Imaan sentiasa menjadi anak yang solehah, menyenangi kedua ibu bapa.
Ya Allah, Engkau limpahilah anak kecil ini dengan rahmat-Mu, semoga Imaan membesar dengan sihat tubuh badan serta penuh kasih sayang, penuh keberkatan di bawah lindungan-Mu dan berjaya di dunia dan akhirat. Amiin Ya Allah."

.
.
.
Siapa Imaan di hati Cik Ah?
Kalau Ibu Imaan masih ingat laa kan, Cik Ah rasa, Cik Ah lah antara orang yg terpenting menemukan Ibu Zaliha dan Bapak Zarip Imaan tu, aheeeeeeeeee, zaman sekolah dulu lah.
Elllehhh Cik Ah, perlu mention kt sini? Hahahahahaha.
Pub sgt Cik Ah niehhh, mmg tak seswai.
Smpai merah merah tinga bapak Zarip dlu kena usik, Lea tu tak payah nk cerita laa, sengih smpai nmpk abeh laaa gigi siong dia tu, haishhh mmg tak kaber lnsung.

.
.
.
Sampai hari ni ikatan persahabatan itu masih erat.
Ibu Lea laa dlu duk asek pujuk Cik Ah kalau duk asek teriak nk balik, padahal duk kt Alor Staq jaaa pon, sbb dlu katil kami sebelah menyebelah ja. Time takot hantu taleh tdo, Ibu Lea lah jadi mangsa Cik Ah terjah masuk kelambu, ahahahahahaha.
Cik Ah pulak tumpang baca surat-surat Ibu Lea dr kmpung Tawau.
Fav Cik Ah adalah Ucang & Dragon Ball klu tak silap Cik Ah.
First time Cik Ah jmpa Paksu Ucang adalah waktu Ibu & Bapak Imaan kawen, aaaahaaaaha! Ada jugak rezki Cik Ah jmpa family dr Tawau kannnn.

.
.
.
Adoi Lea, tetiba aku tergelak menitih gak airmata ni teringat cerita kita dlu.
Renduuuuu tau dak!

.
.
.
Ok lah nk smbung keja.
Imaan oi, anak sedara Cik Ah si Aiman & Irfan pon tak penah dpt entry special mcm nieh.
Ahahahahaha, takpa laa, tahun ni nt besday depa Cik Ah nk wat entry special gak lah!
Lagipon deduanya ujung tahunnn.
Blog ni pon Cik Ah tak reveal, ini kira mcm 1st time appearance, ahahahahaha.
.
.
.
Nt soh laaa Ibu Lea buat par-tayyy bigday bash, Cik Ah mai bwk adiahhhh.
Aheeeeee.
.
.
.

Luvs,
CIK AH


p/s : Nanti Bigday Cik Ah jangan lupaaa noh balik kedah. Hgpa 3org tak mai, siap laaa Cik Ah pukoi!!
.
.
.

Oct 20, 2010

P-day

.
.
.
Not payday! Payday itu nextweek!
Dan saat ini rsnya tinggal brapa sen sajok, kesiannnya.
Sbb aritu soping kt cikea + mv pakai cash, sadis la pulak.
Smpaikn dh 2 ari maxis barred, semlm mak offered nk bayarkn bil, ahehehehehe.
Agaknya mak dh bosan kot asek dpt msg call-me-back dr maxis anaknya soh tepon.
Thanks Mak! (thanks je ke? bayar laaa balik nxtweek, aaahaaaa)

.
.
P-day adalah hari perempuan, perempuan day, aaaahaaaaa.
Hari perempuan normal adalah sebulan sekali.
PMS adalah syntom menjelangnya hari perempuan ni, mcm mcm sign kita dpt dr badan mahupon emosi.

Dalam kajian sendiri (bajet genius) .. aku rs ada 2 kategori PMS.
 .
.

1. Emotionally

Ada golongan wanita yg emotionally distracted sangat bila nk smpai P-day.
Emo mengalahkan ibu mengandung 8bulan, semua serba tak kena, tau nk sembo saja.
Aku lah kategori nieh .. emosi tak pasal pasal rindu mak & family di kedah, nanges tu sebolehnya.
Tengah basuh kuali kt dapor pon, aku nanges .. sbb kt dapor sensorg, wth?
Ckp je lah kau cengeng, madi. Aheeeeee.
Klu aku emosi mcm ni, most of the time, aku akan diam saja .. mls nk ckp byk, kang ada tak kena.

Utk kategori ini, orangnya akan kurang sgt P-pain, sbb dugaannya lebih kepada emosi, so secara fizikal kurang lah sikit.


.
.
2. Physically

Ada setengahnya pulak mcm lebih kepada sakit-sakit, secara fizikal.
Aku rs aku taip ni dh mcm pakar sakit puan pulak.
Alhamdulillah, P-day aku jarang sgt lah nk ada sakit sakit mcm ni.
Kadang tu kesian tgk org yg menahan kesakitan .. serius, sgt kesian.

.
.

Jadi kesimpulannya, kejadian Allah SWT itu sangat indah.
Ada yg dpt itu, ada yg dpt ini.
Tiada yg kurang, tiada yang lebih.
Dan saat ini, aku rs 'hujan' turun dengan lebat, dan rs nk pengsan pon ada.

.
.
.
.


Jadi, anda kategori mana? ecehhh.


.
.
.
.
.
.


lovenote : happy bigday to ms faiz, semoga sentiasa dipermudah segala urusan di dunia mahupun akhirat kelak. eh betul ke ucapan aku mcm tu?
.
.
.
.
.

.
.
.

Oct 12, 2010

checklist hapdet!

.
.
.
wahhh subject nampak mcm garang but i am happy now to see the progress.
*weeeahhhu, no doubt!
**even their is still 'sentap' story of my fmil .. makcik oh makcik oh mymakmentuatobe .
***And always there for me no matter ups or downs .. rendu mak.

.
.
Jarang sgt type entry mlm mlm mcm nieh sbb line bb mcm beruk di kawasan umh time mlm mcm niehhhh.
Wiken ni nk balik kedah, and yerp, another weaahhhuuuuu!
Tak sabarnya rs nk melompat.
Harap dpt setelkan banyak benda nnt di Kedah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ya Allah, mudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini, Amin
.
.
.

Oct 5, 2010

tempoh berpantang

.
.
.
Jangan ingat ibu bersalin ja ada pantangnya.

.

Aku yg manusia biasa ni pon ada pantangnya jugak.
Tapi takda lah smpai pantang nenek moyang haku la bagai, ko kenal sgt ke dgn moyang kerabat kau segala, tau pulak dgn pantang dia. Cukup lah takat aku ja yg pantangnya.
.
.

Nama aku Madihah bermaksud Yang Terpuji mengikut nama Islam.
Yang kenal aku, tau laa nama penuh aku.
.

Nama aku mmg lah tak lah seindah nama moden sekarang, tp aku sgt menghargai nama aku.
Sebab waktu zaman sekolah, smpai masuk Universiti (wahh eja penuh) cikgu selalu panggil-panggil nama aku, yang ada betulnya membawa maksud nama itu sendiri.

Dan dalam hidup ini, aku agak berpantang orang panggei aku 'OI'
Contoh ayat :

1. 'Oi, dah reti jawab call aku?'
2. 'Oi, sudah-sudah lah tido tu, dh tengahari'
3. 'Oi, ko apehal dah maken gumuk?'
.
.
.

Sudahlah dikatanya aku gemuk, panggei aku oi pulak mmg mencabar kewibawaan aku.
Dah la aku mmg kuat tido, mmg beremosi laa sgt klu tido aku terganggu.
.
.

Dan sepanjang usia aku menjangkau 26 tahun ni, hanya ada 3org yg penah bikin aku panas gila dengan panggilan oi ni. Seperti berikut :

1. Bibik mak aku yg ke-3, nama komersial aminah. Slamber dia kejut aku bgn tido panggei aku oi oi, bgn tdo. Aku rs nk bgn bagi penyepak ja. Tp memandangkn dia tua, aku hormat dia, aku cakap 'kau aminah, pegi smbung keja kau, aku nk smbung tido'
2. Rumet aku, zaman bila tu tak perlu la aku nk nyatakan. Kes yg sama, kejut aku bgn tido panggei oi oi.
3. Dia ni dh lama panggei aku oi, tp aku ignore kan ja, tp lately ni maken menjadi panggei aku oi oi seperti irama lagu SM Salim pon iya jugak.

.
.

Mcm nk dijadikan konklusi (wahh tak bleh blahh), aku rs, cuma tido aku ja kot jgn diganggu dgn panggilan oi, mmg bgn rs nk penyepak. Bknnya aku mntak kau kejut aku bgn tido pon, yg kau sibuk sgt bermurah hati kejut aku apehal. Lain la klu nk emo kejut aku bangun sahur ke, yg mmg aku mntak tlg kejutkn.


Mak ayah aku sedap bagi nama aku, ape ko igt nama aku ni Oii Lee Cheng (junior yg aku slalu marah sbb tak iron bju skolah).

.
.
.

Tapi ada beberapa laa kes terkecuali seperti:

1. 'Ishhh ko nieh, ke situ laa pulak makcik oi'
2. 'Oi, tak kuase aku nk melayan dia tuuu'
.
.


Yang tak spesipik sgt ditujukan utk aku.
Nampak tak lain lengguk ayat dan bahasa tu? Kahkahkahkahkah.
Lain negeri lain cara melawak kot.
Sudah lah madi oi !!
.
.
.


Ok sekian pantang makcik.
Apa pantang korang pulak?
.
.
.
.

Oct 4, 2010

4 months to go

.
.
.
4 bulan = 16 minggu = 120 hari *pengsan.


.
.
Cuak tak this morning i noticed the ticker count of my wee day left with another 4 months, exactly!
I can even hear the heart pounding *aduh rasa semak dada.
.

Starting from now on (last weekend to be exact, heeee) i plan to limit myself for any social activities.
Wahh smpai begitu sekali. 

And my last activity was on last Saturday - BBQ Raya with my schoolmates batch jiwakosongsatu!
Alhamdulillah the event went smooth with some delayed i must say, manusia hanya merancang kan.
Semesti lah project manager cuaks haaaa, dan aku sgt teruja dpt bekumpul dgn kwn kwn sekolah.
Almost 40 of us gathered at my house around 8pm for bacaan tahlil dan doa selamat, Alhamdulillah.
Dan lepas tu sesi melantak berkonsepkan lepak.santai.gosip.
.
.
.

So starting from this second, I'm 326.8% focusing things for myself and nothing more other than that!
Doakn yg terbaik utk aku.

.
.
.




p/s : I got few little things in life to be too excited to enjoy, but sometimes people always ruin my day. Membuatkan aku nak jauh-jauh dari orang yang tak menyenangkan aku. Aku peduli apa?

.
.
.

Sep 22, 2010

miserable me

.
.
.
This is so me, dgn kehidupan separa serabut ini.
Td opis blckout, ni bru ada letrik smula, jadi agak potong stim tau utk smbung keja.
Lemau smpai hari ni tak hilang.

Woke up early in the morning dgn niat nk bersahur nk posa plus ada apoinmt dengan doctor juga separa hensem.
Skali check buku appointmnt dgn dermatologist, rupanya appmnt i sepatutnya 14 Sept yg lepas.
Gila ape nurse ni, itu kan maseh hot tgh beraya..maka bila pula nk arrange appointmnt niehh heh.
Ok pegi ari jumaat nnt, bleh menyusul ke jln tar lepas check up.

So today i have to be back on my diet track, no more raya food pls, puasa dan bersederhana.
Walopon telah melantak beriyani kambing semlm, kohkohkohkohh!
Kerja keras utk tampil slim, harap berjaya.

.
.
.
.
okes, adios, semuga mgu ini lebih slim dr mgu lepas, hahahahaha!

.
.

Sep 1, 2010

moved !

.
.
Mak ayah dtg KL dan semestinya diet saya hancur selama 4 hari tetapi maseh rs berbaloi baloi kan!
Td pg bru lepas anta mak ayah balik, mereka bawa pulang jiwa saya bersama ke kedah, maka hny jasad saya tinggal di ibu kota kuala lumpur.
Takpalah, sabtu sesudah subuh saya pon nk balik kedah dah, dan semuanya akan bergabung bersatu (nada lagu adam stacy pls)

.
.
Tak pasti nk gambarkan mcmana pagi 1 September 2010 ni .. permulaan yg saya rs penuh dgn kesyukuran ke hadrat Allah SWT dengan limpah kurnia-Nya .. Alhamdulillah.

.
.
Segala urusan pindah rumah dh selesai 96.5% (perlu ka klu dh nama pon engineer) .. cuma tgl kotak kotak kosong (penting ke? hahaha) dlm bilik ja blum berangkat, mgkn juga brg brg kecit yg telepas pandang dan kunci umh lama pon blum beserah. Hrp dpt buat esok, juga sebelum blk kmpg utk berhari raya.

.
.
.
Tak pasti juga kenapa ayat yg ditaip pada pg ni tampak (eceh) penuh skema penulisan Bahasa Melayu .. mungkin aura dtg dr pelajar Tahun 6 yg bakal menduduki peperiksaan UPSR dlm semgu lepas raya. Kesian mereka. 

Tiba-tiba terdetik kenapa kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pendidikan tak anjakkn peperiksaan UPSR 2.5 mgu selepas raya, bukannya melibatkan Australia mahupon Brunei pon kan. Mgkn output pelajar lebih memberansangkan dengan tercerna semua ketupat lemang mahupon serdak serdak kueh Mak Jah.

Jika difikirkan andai saya atau kamu (ya kamu) ditempat ibu bapa mahupon cikgu-cikgu pelajar ini, tidakkah gelabah dibuatnya. Atau mgkn mereka dh pon bersedia awal, tak mcm kau lah Madi semuanya last minit.
Apapon, selamat menempuhi peperiksaan UPSR utk mereka semua. UPSR sekali saja dlm hidup, raya tahun-tahun depan jika dipanjangkan umur pon ada lagik.


.

.
.
alamak, lupa nk smbung ceta, terleka buat benda len. Sambung esok lah.

.
.

Aug 19, 2010

Geburtstag

.
.
.
Zum Geburtstag viel gluck lieber Ayahanda Tajuddin and also my lil sis Dek Yang !!
Ketepatan seorang guru matematik dlm hal kira-kira, great timing lah ayah and mak!

Maka dpt laa bday ayah sama ngn dekyang .. and bday mak beza sehari ja dengan abang which is on May.. Huuu kaklong and i saja yg lari jauh sorg awal & akhir tahun, ngeeeheeee.

.
.
Tgu awal sept sbb bday kaklong and rsnya time tu semua blk kmpg for hari raya, then only kita celebrate okeh!
Takda gmbr yg special dlm pc nieh, tgu balik umh godek laptop lahh nnt.

.
.
.
.
.
rendu rumah  (-_-')
.
.

Aug 18, 2010

Parenthood Expo 2010

.
.
.
.
ape hal laaa aku post benda nieh, ngaaahaa! I should focus more on weddings thingy. heheheheh gasak laaa kau.

Utk kwn-kwn, mommiess to be ke, mommiesss outhere, esp JIHA (eh dh abeh pntang ke?) .. here u go :

What?  HareNet 6th Parenthood Expo 2010
Where?  Hall 1 & 2, Level 3, Mid Valley Exhibition Centre (MVEC), Mid Valley!
When?  20 Aug (Fri) till 22 Aug 2011 (Sun), 10.30am - 9.00pm





.
ok sekian tima kasih.
.


Aug 17, 2010

outside vs umah

.
.
.
.
ini persediaan utk berbuka puasa di rumah

.
.
.

 ini kalau berbuka puasa di luar .. tp ni pon lepas berbuka di umah mkn berger (itu yg rilex je), ngueheheheheh.


.
.
Last wiken, dua kali buka puasa - kt umh dlu then baru mkn kt luar for heavy meal.
Bahagia tau kalau buat mcm nieh, sbb time tu dh tenang je kt kedai mkn, tinggal kami je yg nk mkn.
Tayah nk serabut² sesak² penat dtg awal atau menunggu lama.



.
.
.
.
.
sapa dh tinggal puasa tahun ni, cepat angkat tangan!

.
.
.

Aug 9, 2010

diet di bulan Ramadhan

.
.
.
tajuk mcm nk bg tips menjaga diet di bulan Ramadhan tp mgkn tidak, huuuuuuuuuu.
Bersempena bulan puasa nieh mst rmai yang memasang niat utk mengawal diet laa, lagi cubaan mengurangkn rokok dan tak lupa semestinya nk tambah amal ibadat.
Insan kerdil dan gemuk mcm saya pon tak ketinggalan memasang statergi utk berdiet, jengjejengjeng.


.
This yr will be my 2nd year berpuasa di umh sewa pandan, jadi dh tau sket sket pasar ramadhan yg ada kt area sini. Last yr rsnya spent most of the time berbuka di rumah saja. Tahun ni mgkn hsemate as akan lebih byk berbuka di opisss sbb keja shift ptg-malam and nad rsnya akan berbuka kt umh je lah kot melainkan event² penting buka di luar.


.
Plan tahun ni nk masak yg simple saja (acecececey masak?) dlm kuantiti yang tak byk sgt.
How to define tak byk sgt? Bukan apa 1. takot membazir jaa klu byk tp tak abesss mkn 2. aku klu bab lebih-lebih makanan nnt mula nk nk sumbat ja mkn, sbb sayang .. 3. buleh laaa macik diet sket kannnnn.
Klu bleh tanak berlebihann laaa kann and klu bleh nk kontrol mkn, even hsemate offer pon, kontrol okehhh Madi. Harap berjaya. Mgkn time wiken buleh berlebihan sket, ngaaaaaaaahaaaa.



.
.
Slamat menjalani ibadah berpuasa semua!
Kepada ibu-ibu dlm pantang mcmana eh?

.
.

Aug 5, 2010

shoulder and ears

.
.
yesterday was still.. a blank page for me.
wonder around where should i begin back life .. neh excuses, huuu.
Until after megrib then only i found my way bck, weeeeaaahuuuuuu!
Its the matter how you manage to mend things to usual, manage to organize things bck to normal and the feeling was like..the new me.
Eh eh i dont like the new me inside .. i wnt bck the old me, jst the way i am yg selalu serabut tanpa mempedulikan org sekeliling.
Apa-apa sajalah yang kau merepek Madi.


.
.
Dalam minda nieh tgh kusut musut busut .. i still make myself available for my dearest - lending ears, shoulder to lean on, sharing laughs, giving thoughts..which sometimes never knw the limits. Glad to have them in whole simple & humble world life ini, sgt kiut. Recall bck in mtrx course .. aku rs bermula di situ, aku mcm jadi good advisor (gasak kau perasan gila) and good listener (mungkin).
.
.
Waktu tgh indction kol 1230tghmlm pon masih mendapat call aduan mencerita mslh rumahtangga (ok tipu) .. aku mamai² dh minum ubt batuk pon layankan lahhh. Blk indction .. mendapat 4 aduan berbeza, tapi kisah yang sama - tentang kehidupan. Aku rs aku ada sket amek bakat mak aku kot, mak aku is the best woman in universe, mmg mak terbaik lah (bg aku, huuu). Sbb dgn slamber, mcm mcm benda aku buleh share (dlu buleh share topap) dgn dia, tak kesah la kesah ko gado dgn bf ke, kesah ko menyampah dgn rakan sepejabat ke, kesah ko nk kuruskan badan ke, and the best part is kesah 'bulan ni saya perlu lebih peruntukan kewangan'. And still, she jst the way she is, always and never fails to put all the positive side into ME! Datang laa cita mslah mcmana pon, she always be the positive one, terbaek lah mak! Tp skang aku limitkn cerita aku pada mak, huuuuu.
.

.
So i applied the same approach jst like mum did, whenever friends share their stories of life, i'll put myslf in neutral way and deliver the positive thought..seikhlas buah pimikiran ini selagi boleh.

.
Tp whenever i feel down, aku kadang² tak dpt apply benda yg sama dgn apa yg aku cakap, hahahahaha sengal. Dan aku perlu org utk bgtau aku buat itu ini, haishhh! Ada org peduli ke kalau kau down?
Saat ni aku rs perlu seseorg utk share apa yg aku pendamkan nieh .. tp sapa lah nk dgr apa yg aku nk cakapkan.
.
.
.
Jadi benarlah kata mak, berkawan itu biarlah berpada. Rs jauh hati mcm nieh tak pasti cara sebaiknya utk dikongsi dgn org lain, tp padaNya juga tmpt mengadu... Bagi aku klu dh rs jauh hati tuu, maka bawak laaa hati tu pegi main lagi jauhhhh, ngeeeeeeheeee!

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
Yes, i am ready to make a move.. i like to move it move it, we like to move it move it.
Till then, tschuss!
.
.
.

Jul 31, 2010

where to start?

.
.
came bck frm indction course suppose to be a good start for me.
but it turn to be the other way round.
.
.
i jst wanna be selfish! yes i am selfish!
.
.
.
..
.
.
.
.

how i wish to be far far away .. far frm everyone & everything, jst myself alone.
.
.
.
.
maybe its time for me to make a move?
.
.
.

Jul 26, 2010

di tahanan sementara

.
.
.

day 12 : saya baik-baik saja di sini

doakan untuk saya agar terus baik di sini ..
aritu mak dtg melawat, semlm kikien dtg, huuuuuuuu 
ari kamesss ni ada exam utk dapat konfem jawatan gomen..

doakan untuk saya, dipermudah segala urusan ..


.
.
rendu dunia luar sana
.
.
.
.

Jul 14, 2010

kisah chenta yang terabai

.
.
.

Chenta ku pada blog ku yg terabai .. huuu.
Akan tambah terabai bila esok i have to attend induction course in Melaka, till 1Aug.
Hrp kt sana nnt ada masa² terluang sket utk jenguk sociallife outside there.
.
.
Rs mcm kepala otak sempit sgt untuk berpikir .. heshh.
Rs mcm perlu lepak dgn kawan kawan utk buka kan sket minda nieh, setelah lama sgt begelumang dgn dokumen audit, hahahahahaha.
Rs lemau rs basi rs sempit rs urghhh!

.

Sekarang saya bawakan sepintas update, sekaligussss, yeaaahuuuuu! *quality gmr hset cokia saja.

.

26/6 : ini kejadian di tesco ampang sensorg kol 1130mlm, tp hasil tak memberansangkn, brg dh byk habesss, lps nieh tanak pegi tghmlm dahh, baik pegi awal pagi.


27/6 : Dinner at bugis kopitiam kot. Ini sebelum match Deustschland Vs England yang kena 4-1 tuuu kohkohkohkohhh.

 29/6 : ok, lmbt ke opis. Im using tidal flow traffic system at Jln Cheras/Loke Yew. Klu kt kl dh biasa sgt ngan tidal flow system cmneihh.

 29/6 : My DIY mango blended

 30/6 : shredded wheat for my quick bfast at office

30/6 : Quick dinner cooked for my lil sis .. ayam kicap blackpepper

2/7 : Ohhh cik ah renduuu aiman & irfan .. tgh sibuk ngn 3b usu mainkn lagu waliband

3/7 : Ini keta thai, nk isi minyak, smpai semua org turun samaaa, lawak lawak

4/7 : Dlm bas cosmic nk blk KL .. gile mewah rs bas zaman skarang

4/7 : Siap ada minibar corner .. huuu

10/7 : kami sesama deting dlm tren, hahahahaha. park keta kt damai and nek tren ke klcc. besh beshh lama tak nek trennn, huuuuuu.

11/7 : Deutschland vs Uruguay at Friendscino, Damansara Perdana..nice screen!

11/7 : Nahhh amek tortilla with cheese topping at 1.30am! Nmpk tak tangan tuuu mok mok.

11/7 : Lunch at JM Beriani in Bangi.

11/7 : cubaan menge'pow' lighter dr superman di putrajaya

 11/7 : Floria 2010 at Putrajaya

11/7 : Ini muka sebelum dedua kami demam .. suka suki duk melepak cmnieh, lps tu dedua demam ..

11/7 : Sempat dinner at Tappers sebelum demam bertambah teruk ..

 12/7 - 13/7 : Demam ..mmg tadek mood sangat. Tekak perit, batuk batuk, sakit segalanya :(


cubaan senyum tanpa menampakkan barisan gigi .. err apsal rs mcm juling sket? 
kembalilah muka ceria mcm niehhh peeelisss .



.
Have a good day ahead peeps!
Saya sudah mau bercuti, yeaaaahuuuuuuuuuuuu!

.
.

Jun 22, 2010

bila Bunga tak sehat ..

.
.

Lagik selebet gayanya.

.
This morning i've monthly check up at HKL .. mcm ibu menandung dh macik.
Its due to my skin allergy, which getting worse, hurmmmm .. smpai dh rs give up sket utk penjagaan kulit ku yg mulus kulus fulus tulus niehhh. Tp kena lah tabah, baru allergic skin je nieh if compare to suffering ppls outhere.


.
This is my 6th check up in 3 months, tabah gila rasa.
Pagi ni doc inject lagik seround, demm i hate the mixed feeling inside, yg tak tergmbar bila org tny.
Aku ckp kt doc, boleh tak lepas ni saya nk jmpa lagik 2-3 bulan lagik, saya tak larat dtg tetiap bulan.
Doc gelak. Selamat handsome.
And my nxt appointmnt will be in Aug!

.
Blk opis, dh tak dpt menahan rs pening kepala, mkn ubat, dan lelap kejap (eh 2 hrs).
Feels better tp smpai saat menaip ni rs mcm masih di bawah pengaruh dadah.

.
.

.
Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Kaya, 
Engkau sembuhkanlah penyakit hambaMu ini.

.
.
Amin.

.