Apr 18, 2012

Pergi Berperang


.
Rakyat mesia maken kaya. Masing-masing pakai keta sendiri.
Pergi keja zaman sekarang dh tak aman mcm dulu.

Klu dulu (setahun dua yg lepas), pergi keja sempat makan roti gardenia bersulam air milo panas.
Klu dulu, kuar pukul6.40pg (utk kawasan aku laaa) keadaan masih terkawal & boleh diterima akal.

Tapi sekarang, kuar kol 6.25pg pon, kebanyakan pemandu dh tak bersandar kt seat, semua pegang stereng kemas, dada ala rapat ke stereng, dengan mata bulat fokus ke depan.
Jangankan nk kunyah roti, nk teguk air kotak pon rs tak sempat.
Semua berpusu pusu nk masuk kl.

Ni lah nasib makcik gomen mcm aku, masuk kerja ikut waktu. Tp proses membuat kerja .. Wallahualam.
Masa awal aku masuk gomen, niat & tekad aku bulat, membina kerjaya demi agama bangsa dan negara.
Serious tak tipu, sbb aku mmg seorang yang berkobar-kobar.
Maken lama maken pudar. Bila tersadar, yang pudar tu, aku make up balik.

Berbeza dgn kamy. Masa kejanya suka hati. Bila kerjanya pon suka hati.
Itu satu kelebihan utk kami, yang masih dlm proses adopt & adapt dalam membina sebuah keluarga yg harmoni.

Sekurang- kurangnya, pintu rezeki kan lebih terbuka luas sbb kita semua dh bangun seawal pagi memulakan rutin.
Sekurang-kurangnya, hanya aku sorg saja yang kuar gelap gelap pagi dgn kamy mengiring pergi seiring dgn kucupan panas, ecehhhh.
Sekurang-kurangnya ddy hantar Imran dh cerah, dan mmy amek balik Imran pon masih cerah di luar sana.
Sekurang-kurangnya Imran masih dpt menikmati keindahan pokok pokok tepi jalan dgn mata bulatnya dan mulut kecil mengomel tentang pokok bergoyang ditiup angin.

Alhamdulillah.

Kadang-kadang aku rasa rindu nk keja di kampeni lama dlu di Penang. Tp kampeni ntah kenangkan aku atau tidak, kuhkuhkuhkuhhh.
Masuk keja suka hati buat keja suka hati luahkan idea suka hati hentam balik boss suka hati balik keja suka hati mmg hati aku sgt suka pada kampeni lama.
Kerja kamy sekarang btul btul buat aku rindu pada kampeni lama.
Sapa tak suka keja dekat dgn kmpung halaman kan.
Melainkan kau mmg jenis jauh dgn fmily sniri mmg terkecuali dgn rasa suka ini.

Tp aku tau ada hikmah, hikmah yg jauh lebih hebat dgn apa yg aku miliki sekarang berbanding dlu.

Alhamdulillah.

Mana kisah pergi berperangnya?
Pergi keja masuk kawasan KL like seriously mcm nk pergi berperang!
Aku akan elakkan diri ni terjebak di medan perang, so keluarlah awal.

Kalau dpt kuar kol 6.25pagi, dgn si anak dan ddy dh siap bfast.
Jangan tanya bangun pukul berapa! Hehehehee.
Kerana hikmah yang dirasai, mmg membuat naluri dan diri ini sentiasa tersenyum.

Have a good day ahead sayang!

.







2 comments:

Amira Alim said...

sgt bangga dgn anda!
sy masih ditahap amat selesa..dunno when to move on..ngee..

doakan kami ye!heee

keep it up mummy Imran!

Faiz said...

Ohh. Baru ku faham dengan soalan di pagi buta itu. Heheh. Selamat mendengar. :)