Jul 31, 2012

Kisah 8months

July 26, 2012; Genap masuk 8bulan 3hari, kena masuk ward.

Kisah bermula petang July 25 lagi. Balik nursery ptg tu, tgk air hidung dh meleleh .. Dlm kepala igtkn running nose biasa.
Malam tu, dinner mcm biasa, meragaih mcm biasa


Tp tdo mlm tak mcm biasa. Bunyi kahak mmg byk, napas bunyi tesekat and tak lepas.
Tdo setengah jam, jaga setengah jam, tdo setengah jam, jaga setengah jam .. Smpai laa sahor kol 5pg Imran temankan, hihihih. Ddy dh flat sbb sepnjang mlm ddy bejaga, mama? Errrkk.


Siangnya bawak ke KPJ Kajang, doc kata kahak byk then dpt neb sekali, check smula lepas neb, doc soh tahan ward. Hukhukhukhukk. Demi kebaikan anak, ku turutkan. Ptg tu blk pack brg and berbuka dlu .. Mlm sket bru p check in. Ddy kata barang byk mcm nk duk sebulan, huhuhuhu.

Dlm kol 930pm++ smpai utk check in kt KPJ, procedure amek darah. Mama tak putus2 selawat zikir dan doa, hati mak mana tak riso, anak nk kena cucuk jarum besor utk amek darah. Alhamdulillah, not even a single ekkk, apatah lagi nanges, hihiiihii.
Bravooo my lil Khayr Imran!


Muka dh nantokk lepas masukkan jarum ni .. Huhuuu. After few mins, dh bleh masuk dlm ward.

Sepnjg mlm tu, dijaga rapi oleh nurses, ubat and neb on time. Alhamdulillah.. Tough btul bby Imran, takda pon nanges apetah lagik nk amukan ... Kecuali kecuali kecuali .... jgn kaco waktu tdo je hihihihi. Klu nurse mai bg time tdo, mama akan kata nk tgu Imran bgn gak .. We have the right. Ntah, rs kesian kot bby tekejut bgn utk mkn ubat. Org tua pon marah kan klu dibuat gitu.



Menjadi favourite bby sgt masa dlm ward, sebab memudahkan keja nurse, hehehehe.

Day 1:


Sorry laa, efek ntah apa apa plak gmbar, saja try hihihi.

Selain mkn ubat and dpt neb, ada jugak rawatan fisioterapi. Mmg saiko btul sapa yg tgk klu tak kuat mental and fizikal. Hahahahhaa. But you have to be strong for the good sake! Klu mak ayah tak kuat, camno anak nk kuat kannn.

Rawatan ni mmg scary kot (at least mamat yg buat ni manis and good looking orgnya hihihi)



Dia akan balut bby mcm bedung ni. Then tepuk, bunyi kuat gilaa tepuk! Tepuk dada then pusing, tepuk belakang plak which last for 15mins! Lama hoihhhh rs tgk anak kena tepuk. I have the video, tp tanak la publish hehehehe satg org p upload kt youtube kata penderaan. Hahahahaha. Ada masa Imran smpai tetdo masa tepuk blkg ni, pnya la rs comfort kot. Cool btul bby!

See Imran masih steady walopon kena tepuk dada, tny selera hihihih. Nanges sket sket bila nk find tune, once dh dpt comfort position, Imran duk dendiam, mata terkebi lkebil tgk si tukang tepuk tu, merenung masa depan.
Procedure tepuk ni katanya utk release the stubborn kahak so that easier utk next procedure - sedut kahak! Dorg akan masukkan tiub kecit dlm idung then sedut! Time ni mmg nanges laa, but still we are there to support Imran, at least masa break few second sempat tarik napas, hela napas, mata kebil kebil tgk mama and daddy, hihihihi. Alhamdulillah, dikurniakan bby yg kuat!

Sepanjang procedure, hati ni tak usah kata laa berdoa beselawat berzikir .. Mulut ni tak henti support Imran, tough bby, strong boy mama ni, nnt baik cepat .. Well it works! Alhamdulillah .. This is so called energy law.


Apapon, my personal opinion, ibubapa mmg memainkan peranan yg sgt sgt sgt penting utk support anak! Be positive, be positive, be positive and be strong! Support yr baby!

Ada parents kt ward yg asyik negative sgt pasal bby dia, pasal doc and mcm mcm lagi. Bby nanges pon tak dipujuk, kata procedure byk yg menyusahkan. Bagi aku, anak perlukan support kita, kata kata positive utk didengar, kata kata yg menyenangkan dia, hilangkn rs takot gementar dia. Kita yg tua ni pon takot nk cucuk la mkn ubat bagai, inikan bby. Banyakkan bercakap yg positif dgn bby, membaca ayat ayat al-quran dan zikir yg menenangkan bby .. InsyaAllah, keadaan bertambah baik dgn izinNya.




Sudahlah tak sihat, kenapa nk ditambah dgn rs resah gelisah sedih tak bertempat? Adakah itu yg dpt pulihkan sakit?


Hmmmm ... Tipu lah klu kata hati ni tak risau pasal anak tak sehat .. Tp bila tgk condition bby Imran yg active mcm biasa, buat aku takda laa risau sgt smpai tdo tak lelap ka apa hehehehe. Maybe my simple thought, as long as bby active, mkn minum mcm biasa and ok, kencing berak ok, takda muntah .. Jd tak perlu laa risau yg melampau, akan effect pada diri kita and bby juga.


Day 2:


Muka seronot teruja mama selimutkan dgn selimut spital, berat and comfy kot.

Masuk hari kedua, si kecit ni dh mulaa laa boring. Limited space utk bby beraksi. Aduuyaiii, jenuh melayan laaa kehendak si kecit. Ada la penyelamat, playroom .. Tp tak setiap masa dibuka. Klu time buka tu bleh laa lepas beraksi jap.

Doc check pagi tu, kata dh improve byk, klu tadek aral ptg dh bleh discharge.
Sekali check ptg, doc kata still nk monitor lagi smpai esok pagi. Ok laa, biar btul btul baik sebelum bawak balik kann.


Ini kes dh boringggg sgt. Suka sgt buat muka gini klu boringggg! Gerammmm tauuu!

Hari kedua ni tak payah citaa laa sgt, sbb keja bby asek nk meragaihhh ja, beraksi tak kira masa dan ketika .. Lepas mkn ubt jaa dpt tdo kejap huhuhuh, lepas beraksi dpt laa tdo kejap .. Selebihnyaaaa beraksi. A good sign yg bby dh sehat kannn.


Last day :


Layan tdo sungguh ehhh, mentang laaa dh nk discharge, hihihihihi.

Lepas dpt summary dari doctor, kes Imran hanyalah kahak yg degil dan banyak .. Alhamdulillah tak kena infection apa. Maka bleh discharge, yahoooooooo! Ddy trus balik umah dlu pagi tuu kemas umah basuh baju etc etc etc, sementara tgu procedure discharge. Hikkkss.



Layannn melodi dluuu, zasssszzz!

Seronot plak aku buat karangan pasal Imran, heeeee.

Ohhh he lost some weight duatiga menjak ni .. Tp aku tetap positive, as long as anak aku active! Aku bukan laa doc pakar, tp ntah, aku rs ok kot indicator aku as layman pasal perubatan.

Imran sudah ada 3 batang gigi. Mula tumbuh 2 batang yg bawah at age of 7months. Baru mgu lepas perasan, ada satu gigi kt atas dh muncul. And another kt atas tgh nk kuar lagi! Happy!!
Ohhh masih tak berpeluang nk snap gmbar gigi nyaaa! Heeeeee.


Kesimpulan, biar laa anak aku tak tembam bamm bamm mcmm anak org lain, tp anak aku dh boleh berdiri klu bergayut at age of 7months++, anak org lain hado? Hahahahahahaha.



Boleh angkat bontot sekaligus merangkak at age of 6months 4days, kau hado? Hahahahahhaahha.
Malas aku nk layan org nk compare compare pasal anak ni. Tp kali ni mmg aku purposely taip kt blog aku.

Setiap kurniaan Allah tu ada la lebih dan kurangnya. Dok buat apa kalut sgt ntah nk compare, meluat tau? Ehhh tak baik meluat meluat. Hihihihihih.

Aku prinsip senang ja, aku maafkan kau, aku takda apa apa dh kaitan dgn kau, p mampos la kau dgn dunia kau. Bunyi kasaq kan. Ayat manis bleh refer sini, hehehehehe.




Selamat bersahur!



- Posted using BlogPress from my iPad

Jul 25, 2012

Bahagia dan Membahagiakan #1

Apabila seseorang itu membuat kebaikan, seperti mudah memaafkan orang, dengan sendiri kehidupannya akan bertambah baik dan orang yang dimaafkan itu akan melihat kehidupannya aman harmoni, maka dapat membuka mata dan menyedarkannya bahawa persengketaan, marah atau dendam langsung tidak membawa kebaikan kepada kehidupan, Prof. Dr. Muhaya, 2012.


- Posted using BlogPress from my iPad

Jul 23, 2012

My Lil' Imran


Khayr Imran turns 8months today (klu kiraan tarikh, abeh tu nk ikut kiraan apo? Hehhh).
Dari mula aku pregnnt, smpai dh selamat bersalin, anak dah masuk 8bulan pon, aku tak cita pasal apa yg aku lalui semua ni.
Tapi bila pikirkan balik, ada ka sapa nk tau? Hahahahahahahaha

Dh pndai pakai medium blogpress utk update blog, so rajen sket laaa jadinya.


At 7months, 3wks++ young ;)





Ada sket rs terkilan plak sbb aku tak mula catat progress imran, skang dh mula lupa ... Tp dh ada dlm draft, nnt publishh hehehehe.


Sebenarnya mode testing (read : ciwi) pakai blogpress, padahai dh lama kot bekepuk dlm ni hehehehe, bila time 'free' sket bru tingat nk membelek.



- Posted using BlogPress from my iPad

Jun 5, 2012


Selagi hati mampu bertahan, bersabarlah sayang.
Andai ditakdirkan bukan milikmu, maka redha mungkin jalan terbaik.


Kerana itulah kunci segala yang dikecapi, mungkin di dunia.
Di akhirat kelak, lain ganjarannya.
Hanya Dia yang tahu, sejauh mana ikhlas seorang insan.


I'm in love.
Terima kasih Allah, utk cinta yang dipinjamkan ini utk hamba-Mu


May 31, 2012

9yrs and counting


Semoga cinta ini sentiasa di bawah lembayung rahmat-Mu


Apr 24, 2012

Tumpang gembira

Mmg dasar menempek je, tak boleh tgk orang lain gembira eh.
Ada je nk menumpang. Tak cukup dgn kegumbiraan dan kebahagiaan diri sniri.
Kahhkahkahkahhhh!!
Gasak lahhh madi.

Yerp, aku tumpang gembira, tumpang bahagia dgn berita baik dari kawan kawan baik.


Yang single, getting to knw each other better for next step.
Yang engaged, getting married.
Yang married, wowww getting pregnant.
Opkos yg dh buyung, woohoooo babies to come!
Tak kurang hebatnya yg dh tambah, still loading and in the making process, heeeeeee.
So this year gonna be more babies to come, comel tauuu!

Bestnyaaaa.
I enjoy to be part of them sharing the good news, tips & tricks, dos & donts.
Kan dh kata, march is always full of loves!

Tp ini paling love love love xoxoxoxo!


4months+
Im entering 5months this week!





Apr 18, 2012

Pergi Berperang


.
Rakyat mesia maken kaya. Masing-masing pakai keta sendiri.
Pergi keja zaman sekarang dh tak aman mcm dulu.

Klu dulu (setahun dua yg lepas), pergi keja sempat makan roti gardenia bersulam air milo panas.
Klu dulu, kuar pukul6.40pg (utk kawasan aku laaa) keadaan masih terkawal & boleh diterima akal.

Tapi sekarang, kuar kol 6.25pg pon, kebanyakan pemandu dh tak bersandar kt seat, semua pegang stereng kemas, dada ala rapat ke stereng, dengan mata bulat fokus ke depan.
Jangankan nk kunyah roti, nk teguk air kotak pon rs tak sempat.
Semua berpusu pusu nk masuk kl.

Ni lah nasib makcik gomen mcm aku, masuk kerja ikut waktu. Tp proses membuat kerja .. Wallahualam.
Masa awal aku masuk gomen, niat & tekad aku bulat, membina kerjaya demi agama bangsa dan negara.
Serious tak tipu, sbb aku mmg seorang yang berkobar-kobar.
Maken lama maken pudar. Bila tersadar, yang pudar tu, aku make up balik.

Berbeza dgn kamy. Masa kejanya suka hati. Bila kerjanya pon suka hati.
Itu satu kelebihan utk kami, yang masih dlm proses adopt & adapt dalam membina sebuah keluarga yg harmoni.

Sekurang- kurangnya, pintu rezeki kan lebih terbuka luas sbb kita semua dh bangun seawal pagi memulakan rutin.
Sekurang-kurangnya, hanya aku sorg saja yang kuar gelap gelap pagi dgn kamy mengiring pergi seiring dgn kucupan panas, ecehhhh.
Sekurang-kurangnya ddy hantar Imran dh cerah, dan mmy amek balik Imran pon masih cerah di luar sana.
Sekurang-kurangnya Imran masih dpt menikmati keindahan pokok pokok tepi jalan dgn mata bulatnya dan mulut kecil mengomel tentang pokok bergoyang ditiup angin.

Alhamdulillah.

Kadang-kadang aku rasa rindu nk keja di kampeni lama dlu di Penang. Tp kampeni ntah kenangkan aku atau tidak, kuhkuhkuhkuhhh.
Masuk keja suka hati buat keja suka hati luahkan idea suka hati hentam balik boss suka hati balik keja suka hati mmg hati aku sgt suka pada kampeni lama.
Kerja kamy sekarang btul btul buat aku rindu pada kampeni lama.
Sapa tak suka keja dekat dgn kmpung halaman kan.
Melainkan kau mmg jenis jauh dgn fmily sniri mmg terkecuali dgn rasa suka ini.

Tp aku tau ada hikmah, hikmah yg jauh lebih hebat dgn apa yg aku miliki sekarang berbanding dlu.

Alhamdulillah.

Mana kisah pergi berperangnya?
Pergi keja masuk kawasan KL like seriously mcm nk pergi berperang!
Aku akan elakkan diri ni terjebak di medan perang, so keluarlah awal.

Kalau dpt kuar kol 6.25pagi, dgn si anak dan ddy dh siap bfast.
Jangan tanya bangun pukul berapa! Hehehehee.
Kerana hikmah yang dirasai, mmg membuat naluri dan diri ini sentiasa tersenyum.

Have a good day ahead sayang!

.







Mar 22, 2012

Bravo Ayah!

.
Semlm ke KLIA hantar maktok and wan, terbang ke tanah suci utk mengerjakan umrah.
Kalau ikutkan perkiraan, dh smpai kot lewat mlm td waktu mesia.

Masa hantar, terpikir igt nk drop and tgu smpai check in saja.
Tp bila tgk orang, maaak aihhhh mmg kena tgu smpai boarding laaaa gaya nehh.
Sorg dua pegi, yg mengantor mmg tak cukup 5-6keta. Ambil berkat, mungkin?
Ambil kira ikhtibar pengalaman Ibu Imaan and Nouri, dlm kesah makcik pakciknya nk balik ke Sabah klu tak silap.

Ayah mcm kalut-kalut sket, mgkn sbb rmai org.
Mak pulak ala ala rilex, dh biasa katanya.

Agent mmg besepah masa tuu, mana nk cari agent mak ayah?
Ayah harus dipuji, yaaaa sbb biasa sama kot, hehehehe. Ayah tinjau sana sini kt kaunter K tu, dgn hset di tangan, kontek agent tu mungkin. Bedesup ayah muncul balik, ajak mak ke kaunter K9 terus ke depan.
Aku tehegeh-hegeh heret bag utk check in.

Setel check in, dlm ribuan jemaah .. Ayah ngan mak FIRST checked in!
BRAVO AYAH! Hahahahahahahhaa!
Credit jugak utk agent tu .. Cpt uruskan klu compare dgn agent lain, mcm kesian makcik pakcik tua tercari cari arah nk tuju.

Ingat nk balik ke opis .. TAPI pasport ngan tiket blum dpt, baggage jaa yg bru masuk lalu treadmill, huuuuu.
Hmmm .. tgu lah smpai habes briefing. Antara kump pertama jugak yg setel brief, dpt pasport and boarding pass.
Aku tumpang lega.
Dan aku tau, mak dan ayah jauh lebih lega, heeeeeee.

Duduk minum kejap (ayah belanja) jadi kena minum coffee paling sedap (read: mahal kot) dlm KLIA. As they claimed!

Zohor blum masuk, klu tgu masuk waktu mst sesak kt surau pastu mst semua serbu nk boarding kot.
So ayah nk masuk boarding sesiap, sbb facilites termasuk surau dlm tu jauhhhhh lebih selesa if compared to kwsn public KLIA neh.

Selesai salam, ekor mata aku saja mengantar mak dan ayah.
Smpai ilang kelibat mak ayah setel lalu mesin check passport tu.
Setia seorg anak, heheheheehe.
Semoga urusan mak dan ayah dipermudah.

Tengah bejalan ke tmpat park keta, smbil memikirkan habuan berapa henget laa haku kena nnt aku perasan, masih rmai makcik dan pakcik tua baya mak ayah dan jauh lebih tua pon ada, masih tercari cari hala tuju.
Kalau terjadi mcm ni pada mak ayah kita, apa kita rasa?

Mana yg seperti tertanya-tanya, aku bantu guide mana yg mampu.
Mana yg dengar kata, mana yg tegar, mana yg ishh sapa bdk tunjuk pndai ni. Heeeeeeeeee.

Semoga selamat lah semua!

Habuan parking tghari tu .. RM13++
Dan mlm td, lil K mcm rindukan maktok, sbb dh beberapa malam maktok dudu kan tdonya.
Dan aku dengan episod tak cukup tenaga aku, kihkihkihkihh .. Hmmm gaya mcm nk period.

Aku merepek.
Tp tetap BRAVO AYAH!
Waaahahahahaha!~

.

Mar 20, 2012

Si teruna *hensem* saya

.
Mgu ni si teruna *hensem* saya dh nak masuk 4 bulan.

Gila sat ja rasa masa ni berlalu. Sakit bersalin masih terasa, gila metafora kau!
Gila ober kan aku, pny la nk menunjukkan masa cpt berlalu.

Aku pon teringin nk menulis, exp pregnnt, besalin, bepantang, breastfeed.
Tp kuasa kuda aku tak mencapai tahap mampu nk taip semua tu, heeeeee alasan sgt kau!

Pengalaman mengandung aku rs takda la extreme sgt. Tiada morning sickness, tp ada megrib sickness.
Tatau apa pesyen, bila ptg ja, angin satu badan mula dtg menyucuk nyucuk - mcm klu kt hiway nk balik kedah tu, ada satu myvi dtg dari belakang menyucuk nyucuk nk sgt overtake kau. Tak cukup dgn signal, hi beam semua nk bagi. Dan kenapa aku specifically mention myvi? Mungkin sbb myvi takda vtec, kihkihkihkihhhh.

12wks+ pregnnt and i was admitted due to asthma attack. And i myself blamed the aircond yg kamy beli utk sejutkan isteri dia. Waahahahahaha kesian kamy but i mushhh mushhh u!

Pengalaman bersalin yg aku rasa indah. Meluat dak kalau semua nk bajet indah?
Waaahahahahhaa!
One fine day which i dont knw when, aku mcm nk taip pengalaman bersalin aku.
Untuk perkongsian bersama kot, heeeeee.

Ok aku dh lari dari tajuk asal - Si Teruna *hensem* Saya


*Ok insert feeling mode sket.
Sumpah aku rs mixed feelings siot bila dh jadi MAK.
Aku rs indah.
Boleh dak kalau aku nk rs indah jugak? Baaaaahahahahaha.


Bunyi mcm cliche kan, klu aku kata penat keja, blk umh tgk muka anak, rs hilang semua tu.
Dlu aku mcm rs statement ni agak tak munasabah.
Tp rupanya, hakikatnya YA!
Hebat kan?! Indah kann?! Heeeeeee.

Khayr Imran menages sekali saja (so far) masa mandi which was on his 1st bath! Lepas tuuu diam dan mengekek suka swim swim eh dlm bathtub.
Dh boleh meniarap dgn bontot tertonggek tonggek.
Mata booolat dengan dada terangkat kalau terlalu teruja dgn hanging rattles mahupon bbytv channel.
Always demand his ddy for a mild massage! Mungkin sbb lenguh kot asek telentang.
Khayr Imran dh naik Malacca River Cruise on his mama birthday!



Khayr Imran sgt pemurah dengan senyumannn!
Hidup ni sgt indah!!

.

Mar 19, 2012

Kesian

 .
Punya laa terabai blog neh, smpai layout design ntah pasepa lari pon tak sadar, asek post kt henpon ja kheennnn.
So temporarily, im using this template DAN ntah zaman bila pulak la aku nk membelek utk tukar layout.

Mr Kamy ada tny klu aku nk dia tolong 'manage' blog aku.
Bajet bisnes online sgt kan smpai ada org nk tlg manage blog kau, hihihihihi.


Sangat kesian utk diri seniri.

Ntah laaa ..
Aku pon teringin nk taip mcm mcm .. tp aku tak pasti apa halangan aku.
Nk kata tak canggih, smartphone iPad bagai lah sgt kannn.

Ok fine, kalau tak rajen tu, ttp tak rajen.
Tanak jugak mention kata malas.

Ok, mentioned!
Bye!
.

Jan 14, 2012

Day 44

I should write/type something for beginning of yr 2012 at least ;)
Mcm keterpaksaan pulak bunyinya.

Ohh btw today I'm on my final day of postnatal confinement! Happy uh?!
Nehhh, nothing change a lot.

Still a sleepless mmy huuuu. But I really enjoy our time together.
The feelings mmg taleh nk express!
Smpai mak tegoq, even tdo tak menentu I still tesengih2 pagi-pagi which a good sign mak kata!

Hahahaha. When you do it with sincere heart, with love, ssh cemana pon masih bleh sengih. Tak perlu cita 1Malaysia betapa kau ikhlas kan. Sbb ikhlas tu tak terucap dek kata ;)


So far bepantang mmg sonot ja. Pinggan makan nasik sniri pon mak soh tinggai nnt mak basuh. Katanya takmo tangan sejut.
Menu bepantang mak tayah cita laaa, mmg ummmphh! Name it wehhh!
Ayam/dgg/ikan - sup, blackpepper kicap, singgang, bakaq, minang style lah. Dan few menus yg tadak nama spesipik tp sedap!

Itulah pengorbanan mak. Dlu jaga kita masa kecit. Ni jaga kita bepantang, jaga cucu lagi.
And now I'm also a mother *ghenyihh!
Nahhh rasakan hehhh, kihkihkihh.


P/s : rupanya aku lupa tekan send. Maka di pagi nan hening masuk day51 baru aku tekan send. Bye.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone