Dec 14, 2011

Day-22

Of being a mother, to my lil Khayr Imran.
I treasure every sec, each of the moment.



Semoga menjadi anak yang baik.
Dan semoga aku dpt menjadi isteri serta ibu yang baik.


Ok jum tido before Imran bangun, heeeeee.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Oct 27, 2011

Mak Saya II

.
.
Mak saya sorg saja, cuma ini part II.

Pagi ni seawal 620am dh kenyang bfast nasik goreng mak. Dh nk dekat semgu mak kt umah, jadi bunga bunga kebahagiaan tu lebih mekar dh mcm lagu misha omar tu.
Sebelum ni duk kami berdua ja, maka hanya berkongsi 2-ronot itu, bila mak ada kan dah jd beronot ronot.


Mana tak indah, celik mata sesiap nk p keja, kol 620am dh bleh menikmati bfast.
Balik keja smpai umh kol5 mcm tu, dinner dh tesedia panas panas lagi, kol6 aku dh melantak.
Haaa, lil inside is kicking tanda setuju.
Terima kasih sayang, hihihiihih.


Semlm besempena cuti deepavali, I spent time soping ngan mak, yerp jst 2 of us (ok lahh lil inside pon kira sama) sbb mak kata nk beli kasut dan baju.
Tgh tgh pilih kasut kat mak, yaa dan aku pon sibuk pilih utk diri sendiri jugak, mak pon kata ...

Mak dh lama tak soping mcm ni ... sbb takda anak perempuan.


Aitt??!! Anak mak ni kan pmpuannnn?!

Ohhh maksud mak mcm aku duk jauh, kaklong skang bz menguruskan 3heroes dan deyang pon asek nk beli brg dia ja, huehuiehuiehuee.


Sayu dengaq ayat mak ..
Terus nekad balik keja ptg ni nk bawak mak p soping lagik, sbb mak kata nk belikan katil queen utk bilik bawah, nguehuehuehue.
Sungguh tak ikhlas niat aku eh.
Ikhlas tu benda dalam hati, tadak sapa tau kannn.


Ahad ni mak dh nk balik, jd mst plan nk bfast kt kmpg baru dlu pekena nasi dagang maupon nasi kerabu.
Nnt masa saya menunggu hari, mak ngan ayah akan mai teman lagik.
Indahnya aku rs hidup aku.

Terima kasih Allah, utk kasih sayang ini.

Incik suami yg berjadual mengurut kaki dan badan yg tekadang takda laaa lenguh pon.
Hihihihihi.

Entering 35wks, dan mak pon dh banyak becerita sekurangnya hilang lah sket rs cuak tak tentu pasal aku tu.

Aku doakan semoga semuanya dipermudah, InsyaAllah ..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Oct 20, 2011

Dah mula cuak

.

Entering 34wks, baru ada kesedaran nk rasa cuak.
Tp mcm malas nk pikirkan sgt .. Sekali sekala dtg rs keinsapan tu, mmg bikin aku cuak.

Barang barang pon aku rs dalam bulan ni atau awai bulan depan utk cukupkan list.
Lepas tu aku bleh focus bhgn cuak aku, ahehehehe.

Hanya mampu mendoakan yang terbaik utk kami berdua.


Doakan semuanya dipermudah dan selamat hendaknya ..


.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sep 7, 2011

Profesionalisme

.
.
Mentang laaa baru masuk keja lepas cuti raya, hari ni trus nk buat tajuk profesionalisme.
Perlu ke bold italic siap bagai?

Kesian jugak blog, sebulan satu entry saja, tatau pasepa dh mcm ada syarat mcm tu skang nieh.
Huehuehuehuehuehuee.


Bulan lepas kan bulan Ramadhan yang mulia.
Aku berpuasa mcm orang normal, dh mmg aku normal.
Tp rsnya lepas hari ke-9 puasa, rasa tak sedap dada.


Kenapa dada yang perlu rasa tak sedap?
Padahal puasa efek pada perut yg lapar?
Ntah, rasa sebu dada ni bila mana menjelang tghari.


2-3hari aku self monitor, smpai suatu mlm, aku dh rasa tak tahan.
Aku habaq kt suami, aku nk p klinik, walopon dia mcm menceceh, sbb dh lama dia soh p kinik.
Baru kol 945mlm lebih kurang, tp klinik panel dekat umah dh tutup.
Bagos menggalakkan staff semayang taraweh.


Terpaksa laa pegi kinik lain, yg bukan feberet aku.
Jumpa doc, yg bukan feberet aku.
Isshhh mind setting nieh kaco sungguh laaa.


Aku : Doc, saya rasa dada ni sebu sgt, rasa pedih. Nk kata pedih ulu hati, tp dada yg pedih. Dh 2mlm saya muntahkan balik apa yg saya makan berbuka, sbb rasa dada tak selesa.

Doc : Ok baring, saya check perut kamu.

2-3mins kemudian ..

Doc : Awak kena gastrik ni .. saya nasihatkan awak tak perlu puasa utk 2-3 hari ni.

Aku : Tp doc, perut saya tak sakit, dada saya yg pedih. Apa kaitan dengan gastrik dan puasa. Saya ok ja larat berpuasa, cuma saya rs dada ni pedih dan sebu.

Doc : Saya bagi kamu ubat gastrik nieh, dan makan mcm biasa. Klu rasa puasa ok, makan ubt ni masa berbuka dan sahur.


Aku : Kenapa ubat gastrik, saya tak sakit perut .. Doc rs kenapa mcm 2-3hari ni baru datang sakit mcm nieh, padahal lebih kurang 9 hari dh puasa, mcm ok je. Ke ade salah makan ke, atau mmg mcm nieh syntom nya utk si berbadan dua? Atau doc ada suggestion utk apa yg elok dan tak bagos di makan ke ..?


Doc : Dh Allah nk jadikan awak sakit, nk buat macamana .. Alaaa .. makan je macam biasa.

Sentap tak kau?
Aku terus tanya, doc ni grad mana? Gadjah Mada katanya, kenapa?
Saya tau lah setiap kejadian itu datangnya dari Allah SWT, tp manusia ni adalah antara penyebabnya.

Ada tetiba tgh bawak keta elok elok dan eksiden?
Aku tau itu ketentuan Allah SWT.
Sbb apa? Fine, pemandunya mengantok, telelap, sbb tuh terbabas.

Aku tau, sakit itu kejadian Allah SWT.
Mungkin sbb aku tak jaga pemakanan aku, main lantak makan smpai expired date ke?

Cuba laa bagi jawapan yg profesional sket. Yang saintifik sket, aku bukan reti pon medical terms pon. Kau kencing p laaah aku dgn medical terms kau tuh, sekurangnya mind setting aku dh jadi lain.
Hahahahahahahhaa!


Aku keja engineer kt JKR, tp itu bukan point aku.
Kalau ada bumbung parlimen runtuh lagik,
Kalau ada tanah/cerun runtuh lagik,

Aku dah tau apa JKR patut bagi jawapan, sudah ketentuan Allah SWT.
Nampak sgt profesional kan? Kannn?



"Yakinilah bahawa kewajipan kita hanya berikhtiar, Allah sahaja yang berhak menentukan segalanya"



Macam tuh lah jugak halnya dlm mencari rezeki .. jodoh.
Duduk saja mmg kirim salam lahh. Ikhtiar lah sama.










Kenapa aku tetiba sebut pasal jodoh?




.

Aug 10, 2011

Ramadhan 1432

 .

Alhamdulillah.
Kalau diizinkan, hari ni mgkn cukup la 10 hari bepuasa tahun ni.
Eh, rs mcm ada dh tetinggal? Huehueuheuhue.


Belum penah missed sahur lagik.
Sahur lengkap - nasik, bowl of cereal plus fresh milk, kurma and ubat.
Tak gagah lagik tatau laaaa!



Igt dlu zaman kecit, mula belajar nk puasa.
Lepas makan nasik, ayah ngan mak mesti igtkan makan bowl of cereal dengan of koss fresh milk.
Katanya energy booster utk tahan berpuasa.

Dh jadi mcm mind setting, klu termissed makan cereal, tetiba bleh rs lembik semcm? Ayah dh tny ustaz masa tu, takpa ka didik anak-anak nk belajar puasa mcm tuh.
Ustaz kata tak jadi masalah ;)



Tima kasih Mak and Ayah, smpai hari ni harus nk kena makan cereal ngan freshmilk.
Hehehehehe klu dak harus melepet.


My 1st and 2nd day bepuasa, lil inside really tickle me ait!! Sumpah indah!! Smpai tekejut kejut aku sensorg.

Hari ketiga, I let lil know that I'm fasting .. Maka dendiam sket laaahhh hehehehe sorry lupa nk habaq awai, I knw u wonder inside kannn bila nk makan, bila nk makan.


Lagi indah bila time nk buka posa, ini mmg tak diam duduk. Jenuh becakap, sabaq sat sayang, sket lagik dh nk bebuka.


Wiken baru ni balik Kedah, was a superb weekends!! Managed to sahur and buka puasa at both fmily sides.


Terima kasih Allah untuk kurniaan terindah ini.
Disihatkan tubuh badan utk mengabdi diri pada Mu.
Dikurniakan kebahagiaan dgn insan insan yang aku sayang, dan yang menyayangi diri ini.



Alhamdulillah.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jul 21, 2011

Edisi Bersawang

.


Lepas entry bawah ni berbunga bagai dpt ipad2 kononnya besempena mcm mcm lahhh sgt!


The next day, I was admitted at Hosp Putrajaya due to asthma attack, rs mcm takda apa apa.
Tp after 10++ neb (as far as I remember) plus 2-3 injections, ngan amek darah suma, doc final say that I have to be warded.


Maka aku amek pakej 3hari 2malam kt sana, agaaagaaga.
Serius rs mcm kuat je takde lahh lemah sgt, tp doc kata sebenarnya lung mcm congested (heh?!) dan aku je perasan kuat, agagagaa.


ubat paling sakit cucuk time tuh adalah antibiotik!



Maka bercuti lahh selama seminggu lebih sket, sbb dpt mc. Syiok gak bleh rest duk saja kt umah tgk tv, tp bosan gak klu hari hari heh gitu.


Maka aku pnya 4th monthsary celeb dlm spital je lah jawabnya.
Bess gak duk spital, sian tgk Incik Hubbyku mcm tak keruan je siang mlm dtg menjenguk, aku rs super extra extra caring wohhh ;)


Sebulan lepas kesah admitted, kami bertiga terbang ke awan biru, utk mengadap laut yg biru. Rs lega dpt berehat dari kesibukan kota yang penuh dgn penipuan, heh!


Surfers Paradise *woooottt!
Sumpah pasir dia halus mulus fulusss sejut pulak tuh!


Secara tak lngsung our 5th monthsary celeb dlm pelukan sbb sana sejut tgh winter!
Hahahahahaha! Dengki lettew!


Taken at kedai mamak yg exclusive gila in Brisbane, hahahaha!


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

May 31, 2011

Mode Ciwi

.


Current keciwian laki bini.
Hasil pekongsian idup, maka rejeki pon sama dikongsi.
Agagagagga, padahal aku menompang kasih je.






Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

May 30, 2011

8years and counting ..

.



Weeeeeee!
Moga jodoh kami sentiasa dilimpahkan rahmatMu.






Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

May 29, 2011

Happy 1st Anniv

.


Weeehuuuu.
Ohh bukan wedding anniv ;)

We've been engaged for 1year.
Agagagagaa, nk jugak celeb anniv petunangan ;)


Esok pulak 8th year anniv he proposed me.
Lusa pulak 8th year anniv I said yes.
Agagagagaga.
Mmg mengada ngada.
Eii suka hati lahhh ;)






(Selamat hari raya ;) )


Plan nk makan baskin robbin smpai lebam on Tue, tp batuk yg sgt teruk ni mmg tak mengizinkan.
Walopon dh plan sejak March disebabkan telepas on their 31st promo.

Takpalah bekorban sket demi yang tersayang.
Heeeeeeeee.


Ohhh arini jugak bday Pah aka jiran ;)
Satg dia and Pali nk mai dinner kt umah.
Hubby cook grill tenderloin, yummmmeh.
Duk bauuu dah niehh.
Crunchy salad for me.
And nampak udang kt luar fridge, tatau laa hubby nk masak apa.

While me sibuk nk abeskan lipat baju kang tetamu nk smpai.
Tp masih lagik sempat nk taip ini, kihkihkihhh curi tulang.


Ohhh esok will be my 2nd time for monthly check up.
Rs tak sabor nk ngadu mcm mcm kt doc ;(


Ok gtg, kain baju menanti.


P/s: My dearest cik abang sayang, luv u.. As always! Mmuahx!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

May 27, 2011

Besiaran di Sogo

.


Mode semak gila besiaran dari sini.
Bleh tahan kuasa membeli makcik makcik di sogo nieh. Kagum aku.
Yang muda remaja pon bleh tahan, huuu.


Aku?
Nope, sekadar teman member nak 'tengok' barang katanya. Hihihihi.

Sbb belum bayor bil, and belum list out what to buy for this month.
Walopon tetiap bulan listnya sama saja.

Tapi mmg betul lah, dia belum beli, masih membelek ja, hihihihihi

Ok dh tiba time makan, nasib baik dia decided nk makan dlu.
Huuuu klu dak kejung gak nunggu membeleks ;)


Errr.. Motif?
Yep, aku semak ;)




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

May 11, 2011

Adek saya

.

Mmg mgu ni tajuk ahli keluarga saya.


Heeeeeeeeeee, mode sengih ya.
Sbb mak post kan DekYang ke umah, utk temankan saya.
Sbb aritu mak kata nk singgah, tp tak brapa larat nk drive masuk kl.

Jadi mak postkan DekYang.
Soooo sweet tau.
Heh memanglah sweet utk kau, kihkihkihhh.


Padahal adek tak kesah sgt ponnnn lahhh mak.
Tp dah alang alang DekYang ada, adek sukaaaa jaaa.



DekYang mmg stylo urban rock suma lah.
Mesti rmai bajet anak bongsu mst takda lah rajen sgt.
Ok sila ubah tanggapan anda sekarang.
Sebab adek bongsu saya, jauhhhh lebih rajen dari saya, hmmmmm.
Dari bab mengemas, smpai laaaa mengasuh kakak dan anak sedara.
Cuma taleh masak ja, tp dh terer baking ;)


Hahahahaha mengasuh kakak?!
Siann kaklong and kids, ucu nk holiday kejap.


Semlm dlm kol10mlm, ada 3miscals dari kaklong, riso gak igtkan apa sbb aku mmg dh awai titonnnn.
Kol2pg tersadar, bbm DekYang tny pasepa.
Rupanya Aiman teriak teriak nk ckp dgn Ucu.
DekYang kata dpt la cakap, suara teresak esak sebak.

Betapa kuatnya pengaruh Ucu, smpai anak sedara taleh tdo mlm rendukan Ucu.


Cayalah Ucu!!
Tak sabo nk tgu Ucu nk betunang, heeeeeeee.


Ok steady Ucu aka DekYang!
I love you.. As always!!
Mmmuahx!





Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

May 9, 2011

Mak Saya

.
.

Mcm tajuk karangan sekolah rendah, Ibu Saya.
Cliche gila bila hari ibu ja, trus nk cita pasai mak masing masing.

.
Tp setiap kali hari ibu nieh, mmg spesel utk mak aku.
Sbb besday mak slalu jatuh pada hari ibu.
Nmpk sgt mak aku mmg spesel, eleehh dengki la tuh, hihihihi.


Semlm besday mak, yg ke 56.
Moga mak sentiasa dikurniakan kesihatan tubuh badan utk amalan di dunia bekalan di akhirat.
Moga mak sentiasa dikurniakan rezeki yg murah dgn anak anak cucu yang menyenangkan.


Semlm tepon mak besempena besday mak, padahal selang sehari pon tepon.
Mak tgh drive, suara girang gila, ya lah sbb tgh deting kt Tganu.
Mak selit tepon celah tudung, nk jugak ckp tepon dgn anak kesayangan (suatu masa dlu, hahahahahaha)


Mak komplen, ada org paksa mak drive jugak, even hari ni bday mak and mother's day.
Dengar suara ayah duk gelak gelak, kata sebenarnya nk test driving skill mak, sbb dh pencen kan.
Sejak mak ayah dh pencen, antara driver setia adalah dekyang.
Mak ayah labelkn dekyang antara pemandu yg penyabar dan berhemah (antara kami 4 beradek).


Disebabkan dh balik Kedah last week besempena kenduri sambut menantu hantu, celebrate in advance lah kiranya.


Esoknya abes knuri, mcm best pulak kan sbb suma bekumpul kat umah.
Mak kan, klu nk rasa special sket ja, trus nk order satay.
Itu menu yg mak rasa spesel klu suma balik, hehehehe mak tetap sweet.
Asalkan mak bahagia keh dgn anak anak cucu cucu mak.
Petang tuh kami pakat p swimming jemaah, beronot ronot wohhhhh.


Hurmmm mcm malas nk letak gambar mak kt sini, heeeeeeeeeeee.
Sbb gatai nk letak gambar niehhhh


.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
Selamat Hari Raya!
p/s : Baju nikah masih muat ;)
.
.
.

Apr 15, 2011

My very own Chef, kau ade?

.
.
.
Ayat kau Madihah klu tak belagak tak boleh?
Nguehuehuehuehuee.
Aku ada personal photographer, kau ade?
Nguehuehuehueee!
Padahal hanya menumpang pada skill orang lain.

.
.
Klu sebut bab masak, saya mmg KALAH!
Boooo, LOSER!
Apetah lagi nk menjenguk tengok borang MasterChef Malaysia.
Ada hati sangat lah ya.

.
Kerana suami lagi hebat masak dari saya.
Saya paling terer buat nasi goreng saja.
Tapi saya tak malas untuk belajar tau.
Kalau malas siapa nk sayang kan?
Gedik kau!

Suami ajar saya masak mcm mcm menu!
Masak lomak, asam pedas, sup power, masak kurma, you name it!
*ewaaahhhhhh!
.
.
.
.

Ayam masak lomak cili api. Taleh makan selalu, bleh kena sakit jantung bertubi tubi.


Kalau malas, simple saja. Ikan goreng bertemankan kangkung goreng pedas sket. Boh kicap, org kedah panggil toyu. Layan ja klu panas panas.


Hari tu (lama sgt dahhhh) ajak kawan merangkap jiran dinner kt umah. Menu sambal ikan, sutun goreng tepung ngan bayam plus cendawan sos tiram.
.

 Alamak, ni ja gambo asam pedas yang ada, kurang kick sebab aritu saya tak berapa sehat, jadi malas makan pedas sgt. Asam pedas, lawan ngan ikan masin goreng dengan bawang. Semestinya, boh toyu keh!



Sekarang, saya claimed pada diri sendiri, saya dh boleh masak.
*mak mesti bangga, pppffffft!



.
.
Sejak akhir-akhir ni, kerana ciwikan hadiah kawen.
Iaitu grill pan jenama tefal pemberian Cik Nikki Mustafa *credito!
Kami laki bini gilakan chicken grill mahupon beef grill.
Sbb tak igt bahagian apa beli beef aritu, rs mcm tenderloin.


.
Cubaan pertama suami buat chicken grill, tak sempat amek gambor, sbb mcm
kagum taksub gila plusss sgt sedap (mesti puji)!
Cubaan kedua suami buat beef grill (tak igt portion mana).
Sumpah sedap smpai mengigau keesokan harinya, dan buat lagi kali kedua.


dihiris supaya mudah dimakan oleh sang isteri sbb nanti banyak songeh. Tomatoman pon grill jugak!


.
Hari sebelum tu, suami buat siakap setim, ajak kawan merangkap jiran dtg lunch kt umah.
Sumpah setim gila tghari tu, tak sempat amek gambor.
Bahagia tau kalau suami memasak, saya duk tgk tv cita Criminal Minds 6.
Cuma letih sebab saya yang kena mengemas, sebab orang malas mmg begitu alasannya.

.
.
Lately jadi malas gila memasak atau saya sememangnya malas.
Bangga ada suami yang rajin nk masak, heeeeeeeeeeeeee.
Semoga mood minggu depan hadir dengan aman untuk rajin memasak lagik!
Suami sila request nk makan apa pelisss!


.
.
.
ok aku ciwi laki aku, dahtu itu je achievement terbaru aku.


.

Apr 12, 2011

Cik Tembikai

.
.
Cuaca di Msia sungguh tak menentu, aku rs bukan Msia saja...kt negara lain pon sama.
Slalu klu kita tengok trend, dlm bulan Apr mcm ni, mana laa nk jengah ujan kan?
Ini tak kira pagi atau petang, hujan lebat mcm musim tengkujuh, cuaca mmg tak menentu.


Disebabkan dh simpan lama niat nk potong rmbut dek cuaca panas dlm 2-3mgu sudah.
(Walopon cuaca skang dh maken sejut)
Ahad lepas tertunai laa hajat di hati.


.
Amoi ni potong ala ala pundek pendek laa jua.
Padahal aku request takdo laa pendek sgt.
Tp takpa, disebabkan rmbut ni semulajadi lurus ikal mengurai, takdo laa nmpk buruk bebenor.
Ecehhhh.



.
.
Sekarang ni Incik hsbnd asek nk panggil Tembikai.
Watermelon cut into half?
Dia kata kepala saya nmpak mcm tembikai potong dua.
Watdehh?


.
Sekarang mcm mcm laaa dia, Tembi la, Watermelon la.
Asek duk i want my tembikai, cut into half.
Adehhh stress tau, hehehehehe adoi taip nk pon duk tegelak.



.
Tapi dia kata jugak .. Aku nmpak mcm muda remaja.
Ada mcm budak tingkatan.
Adoi laaa macam macam laa.


.
.
.



.
.

p/s: Yeaaahh I love love love u too!
.

Apr 11, 2011

1:4

.
.
Aku baru perasan nisbah nieh.
Dah namanya inginia, mst la ada buat calculation sket kan.


.
Dalam 6-7jam waktu tidoq.
Aku akan 2-3x tersedar.
Tapi hsband sekali pon tak bangun.
Ishh pelik pelik.



.
.
Atau aku yang tak tersedar bila masa dia bangun.
Sebelum tido sekali, plus 2-3x bangun masa tido.
Plus waktu bangun pagi sekali, aku wee wee.
Tapi hsband aku tgk .. err mcm sekali ja secara overall.




.
.
.

.
Average nya aku kira 1:4
Atau aku perlu lebih belajar pasal sistem anatomi badan?
Ok abaikan kesangsian aku.


.
.

Apr 7, 2011

Takdo Mood

.
Pagi nieh bangun tido dengan hati berbunga bunga.
Sampai opis awal gila dan Bfast dengan suami terchenta.


Masuk bilik opis, duduk kt workstation, nak mula wat preparation utk meeting petang ni.
Tapi betul betul takdo mood.


.
.
Sebab banyak semut kt meja nieh.
Semut yang klu aku pecet, akan bau busuk tangan dan satu bilik bau.
Eii tak suka.

.
.
Semut, i knw you deserve to live happy as other human being in this world.
Tapi pergi laa cari komuniti yang lebih indah, selain meja aku.
Banyak geng kau tau, aku tak sanggup penyek kang busuk.
Nanti aku panggei makcik cleaner lap meja, abes riwayat kau.
Jadi aku beri kau amaran.


.
.
Kalau kau rajen, pegi sebelah ni ja, bilik aku sebelah dengan pantry.
Situ lagi ada macam macam kalu kau nak.
Milo, tea, neskepe, kreamer, gula your feberet pon ada.


.

.
Atau esok aku buat satu guide untuk kau and the gang smpai pantry tu, ok?

.

Apr 5, 2011

Laskar Pelangi


.
.
.

Feeling is not something that you can push for.
We have to earn them.
Then only it will be the purest ever.




.
.
.

Mimpi Adalah Kunci Untuk Kita Menakluk Dunia



.
.






.

Mar 31, 2011

Another Day

.
.
Things are getting brighter, and more definite.


.
March is about to end.
April is about to come by tommorow.
Another Friday is also about to come, sang penghulu segala hari.

Alhamdulillah.
Masih dipinjamkan nafas ini untuk bernyawa, untuk sebuah lagi nyawa.



Being a well-planned person, makes me tend to plan what to do all over the weekdays and weekends.
But I'm not good in executing things!
The major hurdle or best excuse will be my TIDO habit!
Kita kan hanya merancang, heeeeeeeeeeeeeeee!


.
Aku harap, aku dapat bangun awal pagi untuk Subuh.
Untuk kerja-kerja rumah di hujung minggu nanti.
Sesungguhnya, kerja-kerja rumah memang tak pernah selesai, dah namanya rutin.
Nak kemas itu ini, bilik tu bilik ni, dapor toilet.
Lipat itu ini.
Masak itu ini. Yang ni aku suka!

.

.
Ada sesapa nak tolong dak weekend ni? Dapat makan pree!
Ingat nk buat nasi ayam lahhh!

.

Mar 24, 2011

Rezeki Allah SWT II

.
.
Cewahhh masih ingat tak entry lama INI ?
Ini part II pulak, eceehh.
Saspen dak?
Dup dap dup dapp.


.
Dulu aku mcm ala ala tersedar yang rezeki Allah SWT tu sangat LUAS.
Bukan setakat nk lulus exam, nak dpt keja bagus saja malahan yang tanpa kita sedar, apa yg kita peroleh selama kita hidup nieh.


Alhamdulillah.
Permulaan Tahun 2011 nieh aku rasa satu permulaan yg hebat utk diri sendiri.
Lantak lah apa kalau kau rasa aku tak hebat, hahahahahahaha!

.
.
Dah selamat diijabkabul dgn jejaka idaman melaya di hatiku, auwwwwwww.
Aku dah dapat kompom gomen, auwwwwwww.
Ok dah bleh wat housing loan, heeeeeeeeee.
Incik Suomi ku dapat better offer at other company.
Quite a big name in industry, auwwwwwww.
Quite a big offer, auwwwwww. Part ni aku suka, hahahahaha!


.
Mungkin rezeki anak.
Ok ni aku tipu.
Ni ayat typical makcik makcik, huhuhu.


Sejak dah sebulan lebih kawen ni kan, maken kencang la soklan bonus tu.
Tapi itu mungkin belum rejeki kami kot.
Satu cycle period aku pon blum abes haaaa.
Kot ya pon tgu laa bagi abes satu cycle period dlu, ini tak.
Bagus la, aku anggap satu doa daripada kalian sume.

.
.
.


.
.

Nah tengok gambo hiasan ni.
Kawan awok kawen kt Parit sane nuh.
Atas pemintaan penanten nk pose camni, laki awok pon turutkan.
Awok laa tukang kembangkan veil, heeeeeee.


Klu ade rezeki, nk buat bisnes amek gambo kengkawan la.
Tapi bukan wedding la, portraiture maybe?


.
.
.
Sape nak angkat tangan?
Hihihi.


.

Mar 16, 2011

I'm in Love


.
.
yes, indeed .. with month of March.
Full of loves, all around.


Another 1 year getting older, wiser perhaps, heeeeee.
Another stranger became family member. Ei mcm tak baik aku label stranger, hahahaha!
Another singles, getting married. Happy for you friends!
Another couples became / about to be triplets! Congratulations again friends!
Another opportunity not to be missed.
Another day yet to discover.


.
Full of celebrations, bundle of happiness, colorful of moments.
Alhamdulillah.
.


Abang and Sis Wanis' do. Captured by Mr Husband.


.
.
But still, not to forget people in Japan, and all over the world.
My humble loves and prays to them.

.
.

Mar 11, 2011

Fuuuhhhhh!

.

Dalam masa sejam arini ke jalan tar.
Dah laa ujan, rasa mcm hebat pulak. Kihkihkihh.

Beli sepasang bju + tudung.
Untuk DekYang pon dapat.
Untuk incik hubster pon dapat.
*yeay!


Dah ready nk ke kuantan, yeaaahhh.
Eii rindunya mak dengan ayah.
Kali ni duk homestay, harap la bilik yg limited.
Buleh tdo ngan mak, kihkihkihhh.
Last tdo ngan mak before knuri aritu.



Ok dah gerak.
Moga pejalanan kami selamat.
Moga urusan abang nk nikah and knuri pon dipermudah ya.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mar 8, 2011

Genap Sebulan, dan selepas itu ..

.
.
Wiken baru ni bersamaan genaplah kami as a wifey and hubster.
I enjoy (so far) every little moments we had together, heeeee.

Wiken yg padat maksima mcm iklan milo fuze tu.


Managed to meet old friends before they went bck to Aus.
Managed to wake up early for dept bowling team.
Managed to pay a visit nenek, pakngah's family and friends at Malacca.
Managed to adopt kitties from Malacca to KL.


Managed to get medical cert on Monday!
And I'm done with piles of laundry, fuhhhhhhh.

Back to office this morning.
What do you expect?
I am one month married.
And was on medical leave yesterday.

Yaa, makcik makcik di gomen yg kepoci akan bertanya.
Semlm mc sebab demam ke sebab dh melekat?

Euuuwwww, hak tuih! Tuihhh tuihhh!
Aku hargai keconcern-nan kau.
Aku hargai itu sebagai doa utk aku laki bini.
Terima kasih makcik. 


Kot ya pon, bagi la aku chan nk melekat dgn laki aku dulu kot.

 Nah The Tourist, kihkihkihkihhh.

.
.

Mar 4, 2011

Semangat yang lain macam ..

.
.
Errr .. pelik bunyi nieh sejak sejak dh kawen.
Eii sebut pasai kawen, tingin nk wat reveiw sket nt pasai perihal kawen.
Tapi itu nanti lahhhh, errr yg tak pasti bila.


Pagi ni hari Jumaat, besiaran di tempat keja baru, eceeehh.
Masih di dept yg sama, tukor unit bersamaan tukor bilik ja haaa.
Bilik yg comot, sbb sebelum ni laki yg duduk.
Scenery yg tak berapa nk indah klu nk dibandingkan di bilik lama.
Lame gila kau.


New bosses. Plus ladyboss.
New team.
New staff.
New workload.
Same attitude I'd say, heeeeee.


Eii tatau camna nk face, my 1st time working with ladyboss. 
Eii tak baik negative tau.


As for me and myself.
This new environment at least giving me another chance, to breath and think of my career path.
Working in this g-sector, eh dh mcm g-string bunyiknya..Hurmm.
Hurmmm .. rasa kabur, where to lead and where to ramp it and where should not go?


Im taking this in a positive way, setting up my goal.
Dan pergi sejauh mungkin, sejauh boleh in this working industry.


Aku rasa besemangat.
Aku rasa semangat ni lain macam ja, hehehehe.
Aku rasa bahagia dengan apa yang aku ada.
Aku rasa bersyukur dgn limpah rahmat ini.


.
.

Mar 2, 2011

March With Full of Loves

.
.
Mac bulan mengawan mengambang.
Full schedule dah weekends of March!

Last weekend (ehh nk jugak masuk Feb)

Yrs truly,

Ada pulak pakcik enter prame

Pegi tengok ini!



This weekend
Hubster will be on call, so be ready.
Ada game bowling dgn kwn opis.
Pegi Melaka melawat saudara dan kengkawan.
Plus bejalan jalan amek angin.


Next weekend
Ke Kuantan for my big brother solemnization and reception.
Ei abang ni, adek kawen, dia pon nk kawen, kehkehkehkeh.
Happy for you Abang!
Plan nk lajak ke mana mana lah di pahang ke.


Next next weekend
Kakakokie kawen!
Plus bejalan  ke Parit, amek angin Parit.
Nk lajak ke Ipoh gak lah, nk jalan jalan cari makan.
Kang ade gak yg smpai ke Taiping, huuuuu.


Next next next weekend
Balik Kedah! *woot wott*
Lajak ke Perlis, CikPah and Pali kawen!
Masa utk bermanja manja ngn family di Kedah.





Sgt ramai besday my close person in life bulan Mac!
Including yrs truly heh *hint!

Ohhh how much i'd always in love with March!
Abes bila masanya nk mengawan?
Kehkehkehkehkehhh!


.

Mar 1, 2011

Sidang Bajet Mac 2011

.
.
Dh lama gila tak update buku bajet sniri.
Few months back, dh lost abes suma yg dibelanja, ntah apa apa ja, sebab nk kawen pnya pasal.

After 1 month giving time for myself to adapt with new things in life, now March is no more for leisure.

Starting March 2011 nieh, i have to record all my expenses.
Dlu start zaman keja, agak disiplin to write it down all the money flow, in and out, plus forecast wht to buy and wht not to buy.
Org berkira mmg mcm nieh, kehkehkehkehhh.


Bukan apa, duit klu byk mcmana pon, if u dont knw how to manage it, mesti rs asek tak cukup.
Simple ways to go, keep all the receipts and also jot it down :

- what is in the bank(s), in the ASB, in other saving acct(s)
- how much to save and remaining is to spend
- how much for car installment + housing
- how much for bills; electric, water, phone, streamyx
- how much for credit card(s)
- how much for parents
- how much for petrol / toll / services
- how much left to eat? Errr... Wht for bfast, lunch, dinner, special on weekends maybe?
- how much left for shopping?Vacation? Entertainment? Errr..
- how much for misc(s) + etc(s). Heeeeee!


This is very useful for tracking purpose, what is not so important which can cut it down.
Save on bills, then can go more for saving.
More on shopping, then can cut on yr good food, or entertainment maybe? Heeeeee.

Then only you will knw, you're on +ve acct balance or on the other way round.



Pagi pagi atau lepas solat ke, atau bila bila ke, amalkan baca doa ni,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ



" Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah; dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil; dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang"








Moga kami lebih diberkati dan dipermudah segala urusan.
Mode sgt cewi dgn gambo kawen, heeeeeeeeee.
.
.

Feb 25, 2011

Selepas 3hari ...

.

And today I didn't forget to wear my E-ring and W-ring, heeeeeee!
Bukan sesaja tanak pakai, tapi sbb longgar sket, eceeehhh.
Dlu beli takda la longgar sgt.


Mula I pakai jari tengah, takot jatuh tak pasan.

Semlm baca kt mana ntah, rupanya tak baik.
Rasullullah SAW ada berpesan pada anaknya Aisyah, jangan pakai cincin di jari tengah mahupun telunjuk.
Kerana ini menyerupai satu kaum pada zaman dulu yg dilaknat.
Nauzubillah.



Hurrmmm, I'm thinking of nowadays trend, chunking rings..
Ada yg suka pakai kt mana mana jari ja.
Mgkn kena amek perhatian jugak kot.

Lepas ni harap kita lebih beringat.


Okeh till then, dh smpai opis dgn mode yg sgt excited!!

Happy Friday peeps!
xoxo!!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Feb 24, 2011

Barakah

.

Terus teringat kedai makan Barakah kt Keramat, huuuu. Tempat deting dulu kini selamanya, heeee.


Pagi ni terlintas pasal barakah, berkat dlm bahasa Melayu (kot), heeee.

Kita ni slalu mohon pada Allah,
mohon rezeki ini diberkati,
mohon ilmu ini diberkati,
mohon hubungan ini diberkati,
itu ini, sumanya lah.

Aku rasa, kdg kdg even little things in life that we did or abt to do in future,
hilang nikmat berkat itu sendiri, tnpa kita sedari.


Kdg kdg duit kita rs dh cukup byk.
Tapi susah hati.

Kdg kdg rs ilmu dh smpai phd.
Tapi mcm ala ala bengap jugak.

Kdg kdg rs keja dh cukup hebat.
Tapi masih duk nmpk org lain keja lagi hebat.

Kdg kdg rs family dh cukup bahagia.
Tapi masih ada huru hara.


Inilah perkara kecik...yg kdg kdg kita sniri tak sedar.

Cakap kasar dgn mak ayah ka, ok ni pekara besar, huuuu.

Apa eh benda kecik?
Hmmmm, syak wasangka ke.
Suka marah marah tak tentu pasal ke.
Lengahkan solat ke.
Tak gunakan ilmu dgn sebaiknya ke.
Amek mudah dlm byk hal ke.
Adehhh dll, boleh?


Jadi dlm setiap perkara yg kita buat,
Aku nk igtkan diri sendiri.

Mohon pada-Mu,
Sentiasa diberkati,
Di bawah lembayung rahmat-Mu.


Apa yg penting?
Kaf alif ba ro kaf alif ta nunnnn.
Heeeeee.




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Feb 23, 2011

Happy Bigday

.
Happy 13th BigDay to Mr Husband.
Ok tipu, dah 31, heeeee.


Semlm masak pon simple simple saja.
Mlm kang pon nk masak simple simple saja, his feveret!



Love love love u lahhh bubehhhh!



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Feb 18, 2011

A morning person

.
Entering new chapter of life makes me tend (read : have) to change of lifestyle.
Hurmm major habits I must say, heeee.

I'm a morning person..errr definitely for weekdays. How I wish to continue for each and everyday no matter it is weekend.


Sebab dari dulu smpai sekarang igt lagi mak ayah ada pesan, bgn pagi pagi ni rezeki mudah masuk.
Alhamdulillah, rs murah rezeki keluarga smpai ke saat ini.


As always, mak is my no one IDOL and no one ever dare to challenge, hihihi.
She's a working person, partime housewife, wifey to ayah, mother to us, daughter to arwah and tok, hamba pada-Nya and mcm mcm lagik lahh.
And yet never fails to prepare bfast utk kami satu family.

Pukul brapa mak bangun pagi?
Dulu waktu skolah rendah, I never had a chance to skip bfast.
Tetiap pagi mak buat bfast.

Rasa mcm I ada sket sket la mcm mak, eceehh.
Dlu masa duk single, slalu gak buat bfast utk diri sniri, kdg tu bawak bekal ke opis.
Sbb dh biasa dari kecit.
Skang dh kawen (eceeehh, masih mode cewi) ada jugak buatkan bfast, walopon ada sesekali ter-missed, heeeee.


Tingat pagi td I talked to him, 'Hurrrmm rsnya lepas ni I kena bgn lagik awal la, klu dak kalut kalut tak smpat bfast'


Jadi kawan kawan, jummm bgn pagi awal awal!!




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Feb 17, 2011

Marriage Life

Alhamdulillah.
Dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
Majlis 3 hari berturut selesai dan bejalan lancar.
Dengan limpah kurnia rahmat dan izin-Nya.

Terima kasih mak ayah.
Terima kasih kaklong dan abangazly.
Terima kasih abangmizi dan dekyang.
Terima kasih Aiman dan Irfran.
Terima kasih makcik pakcik saudara mara.
Terima kasih keluarga mentua.
Terima kasih kawan kawan semua.
Terima kasih jiran tetangga.
Terima kasih semua.



Marriage life isn't that nightmare.
It is a little treasure..to go thru with love
ones




Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jan 18, 2011

Pelisss lah

.
.
Kalau orang itu dah kurus sikit, ramai yang akan bertanya,

'Eh ko makan apa eh, nampak dh kurus'

Tidak sama sekali.
Sebenarnya orang itu kurus sebab TAK MAKAN.

Ada ka orang makan apa apa jadi kurus?
Aku rs pokok pangkal pon, orang itu mst tak makan banyak sgt.


Saat ni, aku rs nk makan saja!
Rakus!
.
.
.

.
.
.
p/s: ok bleh tgk weight ticker sebelah kiri!

.
.

.

Jan 17, 2011

ya, aku marah!

.
.
Aku rs sial, celaka, bangang semua ada.
Kita ni hidup berpeganglah pada janji.
Kalau dh janji mcm tu, pegi mampos la kalau ada saja parasit kot.

Kalau kau janji nk belanja aiskrem tapi tak penuhi, takda la aku marah sgt.
Ini sebab aku nk kawen kot.
Aku rs antara hari paling besar dalam hidup aku.

.
.
.
Ikut la seperti apa yang dijanji, kenapa perlu mengikut parasit.
Itu sial namanya!
.
.

Jan 5, 2011

Finally!

.
.
Huuuu, Kumbang finally found out my blog!
NOT he's the one who found this blog, but I'm letting him knw.

SBB dia dh tau, i ada blog, and he asked for the link.
Tolak pi tolak mai, aku bagi.
Walopon mcm tanak, huuuu.
But he'll be part of me jugak kan, so nothing to hide kan?

Walopon mcm tadak apapon nk diselindung sebalik blog ni, but i feel like my other half is reading, watching over me, over my words, heeee.
Even he claimed that he got no time to read blog, heh ya la tuh.

Mana ada stalker mengaku stalker kannn?
Melainkan aku mengakui, aku stalked Razali.
.
.
.
.

.
.
.
p/s: i love u more!

Jan 3, 2011

kisah 2010

.
.
ok tak kalah, nk jugak buat entry Tahun baru 2011 walopon sudah lambat 3 hari.

Smpai opis pagi ni, teringat nk check balik, apa azam aku 2010 aritu?
Sumpah rs kejap gila kannnn dh 2011, rs mcm baru ja taip pasai azam 2010.

Rupanya utk 2010, aku berazam nak beshkan diri sendiri wth?!
Best ka aku?
Waaaahaaaaaaa!

Oleh kerana mcm diri sendiri masih tak best, so aku carry forward ke 2011.

Waaaallaaaaauweh Nak Best Kan Diri Sendiri, gila gempak kau.

.
.
Alhamdulillah, byk gak yg dicapai utk Tahun 2010, tak kurang jugak yang tersasar.
Huuuu.

.
Utk 2011, aku nk bestkan diri sendiri.
Plus, aku nk jadi diri aku yang dlu.
Aku dlu tak mcm ni, aku suka dunia aku yang dlu.
Aku penat dgn dunia aku sekarang, tak pasti kenapa aku mcm dh berubah sket.
.
.
.
Excited! As always!

.
.